Friday, December 22, 2017

Perghh !!! Sedih Video ayah menyakat anak sentuh hati netizen

Video ayah menyakat anak sentuh hati netizen



SHAH ALAM - Video seorang ayah menyakat anak-anaknya mendapat perhatian netizen di laman sosial Twitter.
Video berdurasi dua minit 18 saat itu dikongsi ramai apabila si ayah menyakat lima anaknya dengan mengatakan dua daripada mereka perlu dikeluarkan dari rumah.
“Kat sini, papa nak bagitau, dekat tangan papa ada lima nama, Alisa, Fazlin, Atiq, Hanan dan Harasyh. Di mana sekarang ni papa nak bagitau, kita kekurangan kewangan, makanan dan ada masalah dalam negara.
“Di mana Malaysia meletakkan satu rumah hanya boleh tiga anak sahaja. Melebihi tiga tak boleh. Papa terpaksa adil dan keluarkan dua anak papa.
“Ada orang lebih baik yang akan jaga, orang yang mampu. Papa harap apa keputusan ini diterima sebaik-baiknya.
“Siapa namanya yang papa panggil, boleh naik atas kemas pakaian, dan boleh tinggal sini sampai hujung tahun ini,” katanya. 
Nama pertama yang akan tinggalkan rumah ini adalah Fazrin.. Insya-ALLAH kita akan jumpa lagi... yang kedua Atiq. Maaf, Atiq terpaksa papa tinggalkan,” katanya.
Sejurus nama-nama itu disebut, anak-anaknya mula menangis dan memeluk si ayah.
“Nak buat macam mana, macam ni lah hidup kat Malaysia sekarang ni,” ujarnya.
Video itu menarik perhatian netizen apabila ramai yang memberi komen.
Rata-rata yang turut sedih melihat gelagat si ayah menyakat anak-anaknya.
“Bila tengok budak budak nangis. Aku pun nak nangis,” tulis @LutfaSM_3012.
Perkara sama turut dikongsi @EcahBongsu yang juga sebak melihat aksi anak-anak tersebut memeluk ayahnya.
Tidak hanya sedih, ada juga netizen yang memuji lakonan si ayah yang kelihatan selamba dengan dibantu isterinya yang merakam video berkenaan.
Sehingga kini, video tersebut sudah ditonton lebih 200,000 pelaya

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..