Kampung Tersejuk Dunia Pecah Rekod
SELAMAT datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.
Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.
Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.
Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.
Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius,
tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah
-67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang
boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.
Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.
Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.
"Ia rosak kerana terlampau sejuk," lapor The Siberian Times. - Mail Online
Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.
Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.
Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.
Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.
Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.
"Ia rosak kerana terlampau sejuk," lapor The Siberian Times. - Mail Online
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..