Bayar 20,000 Baht, Dapat Sijil Teknik Seks
Operasi 12.30 pagi Isnin itu mendapati kelas itu dikendalikan 10 rakyat Rusia dan disertai 43 individu di sebuah hotel mewah.
Semua peserta turut menerima sijil dalam kemahiran seks sebaik tamat mengikuti kursus singkat itu.
Jurulatih dan pelatih dilihat mengenakan kemeja-t tertera tulisan "sex animator".
Menurut polis, pelatih berkenaan membayar kira-kira 20,000 baht setiap seorang untuk mengikuti kursus itu.
Daripada 10 jurulatih, tiga didapati pendatang asing tanpa izin, seorang telah tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan seorang lagi bekerja tanpa permit.
Susulan itu, polis Pattaya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..