Friday, April 13, 2018

Fuh Tedia !!! Dipanggil ‘YB’ selepas tular poster 5,000 coli percuma



Amran (kanan) menafikan dia mempunyai kaitan dengan poster yang tular mengenai pemberian baju dalam percuma, yang diubah suai menggunakan gambarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/12/dipanggil-yb/#38a8Y8302rFCF0kF.99

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang wajahnya terpampang pada poster palsu kononnya 5,000 baju dalam wanita mahu diedarkan secara percuma pada 15 April ini terkejut apabila tiba-tiba dipanggil ‘YB’ (Yang Berhormat).
Tambah mengejutkan apabila dia turut dipanggil ‘Datuk Seri’, ‘Ustaz’ dan ‘Haji’ selepas gambarnya yang diedit pada poster yang tular memaparkan wajahnya dengan catatan nama yang dikenali sebagai ‘Dato Sri Hj Ustaz Amran bin Nordin’ dengan jawatan yang didakwa sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh.
“Itu memang gambar saya, itu nama saya. Tapi saya tiada kena-mengena dengan poster mahupun pemberian baju dalam tu.
“Saya bukan Datuk Seri, Haji atau Ustaz... saya belum pun pergi haji dan umrah. Poster tu palsu,” kata Amran Nordin, 43, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kulim, Kedah, kepada mStar Online pada Khamis.

Dengan slogan “Jom pi periksa dada, terus dapat sarung dada”, maklumat pada poster itu mendakwa mahu mengedarkan 5,000 baju dalam percuma pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 15 April ini.
Fakta itu sama sekali tidak benar kerana poster yang sebenarnya adalah pemberian 5,000 cermin mata secara percuma, dan Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh adalah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
Amran yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang berkata, pada awalnya dia menyangka poster yang tular sejak petang Rabu itu sebagai satu bahan gurauan tetapi kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis pada lewat malam Rabu.

Laporan polis yang dibuat oleh Amran mengenai poster palsu yang memaparkan wajahnya.
Bagaimanapun, Amran menegaskan bahawa dia tidak bergiaf aktif atau mempunyai sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
“Saya ada berhubung dengan Datuk Zaidi pada malam tadi bagi memberitahu bahawa sayalah lelaki di dalam gambar itu, dan meminta nasihat dia.
“Demi keselamatan saya dan mengelakkan daripada berita tidak benar tersebar, saya memutuskan untuk membuat laporan polis,” kata bapa kepada tiga anak itu namun enggan mendedahkan parti politik yang dianggotainya.
Terdahulu mStar Online melaporkan Mohd Zaidi yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh memberitahu poster palsu itu merupakan perbuatan berbentuk penghinaan yang bukan sahaja kepada BN Permatang Pauh tetapi juga pengundi-pengundi wanita di kawasan itu.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/12/dipanggil-yb/~/media/5acdc5613d5642ce87014c4c4e4411dc.ashx?la=en
Mohd Zaidi pada sidang media di luar IPD Seberang Perai Tengah pada Khamis. Foto Facebook Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh
“Ini lebih kepada tindakan terdesak pihak tertentu yang mungkin rasa terancam dengan program-program yang kita buat selama ini.
“Program pemberian cermin mata ini telah heboh diperkatakan, mungkin ia memberi kesan kepada pihak tertentu yang tidak senang dengan program bantuan yang kita buat dan cuba memalukan pihak kita,” katanya.
Sementara itu, wakil BN Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung poster palsu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 11 pagi Khamis.
Mohd Zaidi pada sidang media di luar IPD kemudian memberitahu program pemberian cermin mata secara percuma sebagaimana yang tertera pada poster asal tetap diadakan di SK Permatang Tok Kandu, 15 April ini.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..