GEORGE TOWN: Jambatan
Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan dakwaan beberapa portal berita bahawa
polis bantuan yang membantu menyelamatkan wanita yang lemas selepas
melompat dari jambatan kedua Pulau Pinang, adalah 'tidak berpengalaman'.
Pengurus Besar Kanan JKSB, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, anggota
polis bantuan JKSB diberi latihan yang betul untuk menangani situasi
tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Bertarung nyawa selamatkan wanita terjun jambatan
"Pegawai kita diberi latihan berenang, menyelam, pertolongan cemas,
pengurusan lalu lintas dan lain-lain kemahiran menyelamat yang
berkaitan.
"Ketika pengawal jambatan kami, Zaidi Salleh melompat ke perairan
untuk menyelamatkan wanita itu, dia bersedia untuk menghadapi situasi
ini," katanya kepada The Star ketika ditemui di pejabat JKSB pada
Khamis.
"Ia tidak seperti laporan yang ditulis dalam talian yang menyatakan
bahawa Zaidi masuk ke dalam air terlebih dahulu, kemudian berpaut kepada
bekas ikan yang dibuang untuk digunakan sebagai pelampung.
"Dia tidak menyelam secara membuta tuli ke dalam air tanpa merancang kaedah untuk menyelamat terlebih dahulu," tegasnya.
Beliau juga memuji Zaidi dan anggota polis bantuan lain yang berada di tempat kejadian kerana membantu wanita itu.
The Star melaporkan bahawa Zaidi dan rakannya Mohammad Fitri
Abu Bakar berada di unit kedua yang bertindak terhadap keadaan
kecemasan selepas pengawal Megat Taufik Megat Kamaruddin mula-mula
menyedari terdapat kereta yang tidak memiliki pemandu di jambatan itu
kira-kira pukul 11 pagi Rabu.
sudah2lah org2 bodoh nak tulis komen. sikap mulia En.Zaidi seharusnya dipuji. tatkala org lain hanya bercakap, dia bertindak atas kapasitinya dgn rasa tggjwb. Yg mencela beliau itulah org2 yg tercela.
ReplyDelete