Thursday, April 26, 2018

Tediaa !!!! “Kita santai saja order 'roti goyang', telur separuh masak, tapi...”

“Kita santai saja order 'roti goyang', telur separuh masak, tapi...”

 PETALING JAYA: Telur antara makanan yang boleh dikatakan sebagai 'superfood' kerana dipenuhi pelbagai nutrisi dan jarang ditemui dalam diet lain.
Antara makanan berasaskan telur yang popular di negara ini sudah tentulah roti bakar telur goyang.
Menu roti goyang ini sangat ringkas, terdiri daripada roti bakar dan diletakkan di atasnya telur separuh masak.
Namun tahukah anda telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai untuk dimakan kanak-kanak di bawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah terutamanya ibu hamil.
Malah, golongan tersebut juga tidak digalakkan makan telur separuh masak meskipun telur itu disimpan di dalam peti sejuk.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Imelda Balchin tampil mendedahkan dua sebab makanan tersebut patut dielakkan golongan berisiko itu.
Beliau berkata dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya.
Malah, katanya, dari segi kuman penyakit, telur mentah merupakan pembawa kuman bakteria Salmonella.
"Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.
"Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras," katanya dalam satu posting di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..