SHAH ALAM: Menteri Hal
Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta individu yang
membuat dakwaan beliau memiliki lebih RM300 juta dan disembunyikan di
luar negara untuk tampil segera membuat laporan secara bertulis.
Beliau berkata, jangan hanya membuat tuduhan tidak berasas, sebaiknya tampil ke depan jika mempunyai bukti yang kukuh.
Katanya, jika pihak terbabit mempunyai maklumat mengenai dakwaannya, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dilakukan.
"Tuduhan sebegini terhadap saya bukan perkara baharu....Ia hanya tuduhan palsu serta berniat jahat untuk mencemarkan reputasi saya.
"Tak perlu saya layani fitnah atau tohmahan sebegini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Aidilfitri peringkat Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan, di sini, Ahad.
Terdahulu, tuduhan ke atas Mohamed Azmin itu dibuat oleh blogger 'Toyol Of Selangor' yang turut mendakwa pernah bekerja dengan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Menerusi blog berkenaan turut dinyatakan Mohamed Azmin, isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin serta beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan mereka memiliki pelbagai akaun bank di luar negara.
Ketika ditanya apakah beliau bersedia untuk mengisytihar aset dimiliki bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Mohamed Azmin berkata, sudah menjadi amalan beliau dan seluruh pemimpin Pakatan Harapan serta Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengisytiharkan harta mereka.
"Di Selangor sejak 2008, dasar dibuat mengkehendaki semua pihak eksekutif melaporkan aset supaya ketelusan serta kebertanggungjawaban itu menjadi prinsip dalam pentadbiran," katanya.
Semalam, tular capaian mengenai pendedahan tersebut yang membawa kepada blog 'Toyol Of Selangor' yang dipercayai sengaja disebarkan kepada orang ramai khususnya pihak media.
Menerusi pesanan WhatsApp itu, pengirim turut meminta capaian ke blog itu dikongsi kepada pihak lain.
Bagaimanapun, individu atau pengirim yang menyebarkannya itu tidak dapat dikenalpasti. - Sinar Online

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..