Undian dibuat, pemain negara diugut bunuh
PETALING JAYA: Pemain muda Bawah 16 Tahun (B-16) negara Amirul Ashrafiq Hanifah menerima ugutan bunuh daripada penyokong fanatik Indonesia.
Menerusi satu undian ‘bunuh’ yang dibuat di Insta Story
pride_Indonesia, 92 peratus memihak kepada 'Bunuh', manakala 8 peratus
'Tidak'.
Amirul yang berada di Surabaya bersama skuad B16 yang lain bakal
mengharungi Kejohanan Piala AFF bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan.
Ugutan bunuh itu timbul selepas pemain muda itu tersilap memuat naik
gambar bendera Indonesia yang terbalik dan kelihatan seperti bendera
Poland.
Bagaimanapun, Amirul telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia di atas kesilapannya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan menerusi lama Twitter mengakui, ugutan seperti itu tidak boleh ditoleransi.
"Pemain dah meminta maaf. Pihak Indonesia juga dah terima permohonan
maaf. "Saya syorkan pihak berkenaan membuat laporan ke atas page (laman)
tersebut.
"Keselamatan pemain prioriti kami. Saya dah menghubungi menteri mereka berkenaan isu ini."
Insiden itu jelas tidak disenangi oleh media Indonesia berikutan isu
bendera Indonesia terbalik pernah berlaku ketika Sukan SEA Kuala Lumpur
2017.
Malah isu ini turut mencetuskan kebimbangan apatah lagi dengan apa
yang berlaku ketika pemain B-19 negara diserang oleh penyokong Indonesia
yang membaling batu dan botol selepas aksi separuh akhir Kejohanan AFF
juga di Surabaya pada 12 Julai lalu.
Pada perlawanan itu skuad kendalian Bojan Hodak menang menerusi
penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar
sebelum merangkul kejuaraan dengan menewaskan Myanmar 4-3 di pentas
final.Susulan insiden itu, skuad B-16 kendalian Raja Azlan Shah Raja
Sho’ib dinasihatkan supaya tidak aktif di media sosial.
Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan B bertemu Thailand pada
Isnin, diikuti Brunei (3 Ogos), Singapura (5 Ogos) dan Laos (7 Ogos)
dengan kesemua aksi di Stadium Joko Samudro, Surabaya, Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..