image: /
PETALING JAYA: Berkopiah dan berpakaian lusuh, seorang warga emas dilihat berjalan perlahan setapak demi setapak menggunakan alat bantuan jalan (walker).
Di depan alat bantuan itu dipasang sebuah bakul yang mengandungi beberapa pek kerepek, dan lelaki itu terpaksa meneruskan langkah meskipun kudratnya kelihatan lemah, sakit dan tidak bermaya.
Gelagat penjual kerepek di kawasan kedai dipercayai di Jitra, Kedah, itu dirakam dan dikongsikan di laman sosial pada malam Selasa.
Selain bakul berisi pek kerepek, turut digantung sebuah beg plastik besar serta setangkai beg plastik yang dipercayai digunakan untuk membungkus pek kerepek yang dibeli pelanggan.
Menerusi video yang tular sejak malam menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, warga emas itu turut dilihat terpaksa berpaut pada meja di sebuah gerai kerana ketidakupayaannya untuk berdiri lama tanpa alat bantuan jalan.
Malah, seorang lelaki dipercayai peniaga di kawasan itu membantu mengangkat alat bantuan jalan milik pakcik berkenaan, sebelum memimpinnya untuk berjalan.
Lebih sayu, ia disaksikan sendiri oleh seorang wanita yang memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook, Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir.
“Allahuakhbar depan mata aku. Tergamak anak buat macam ni. Esok nak raya hantar ayah suruh jual kerepek. Ayah kalau sihat tak apa.
“Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar,” menurut status yang dikongsikan Suhaida.
Menerusi video kedua yang merakamkan perbualan bersama pakcik tersebut, warga emas itu mengalami masalah untuk bertutur dan duduk dengan baik.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..