Thursday, June 6, 2024

‘Vlogger’ peluk orang ramai demi eksperimen sosial dipenjara

 


GAMBAR hiasan. - VLOGGINGNINJA

ALGIERS – Seorang ‘vlogger’ dari Algeria dijatuhi hukuman penjara dua bulan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan memeluk orang ramai secara rawak di jalanan untuk dimuatkan dalam kandungan videonya, lapor laman berita Odditycentral semalam. 

Mohamed Ramzi, mencetuskan kemarahan orang ramai selepas menyiarkan aksi itu di platform TikTok. 

Menurut Ramzi, tindakan itu diilhamkan oleh ‘vlogger’ terkenal dari Eropah yang melakukan eksperimen sosial sama sepertinya.

Meskipun berkali-kali memohon maaf, Ramzi masih menerima kecaman daripada orang ramai terutamanya penduduk di negara asalnya. 

Tahun lalu, mahkamah mendapati dia tidak bersalah, namun kesnya dirujuk semula kepada Majlis Kehakiman Algeria.

Mahkamah kemudian memutuskan Ramzi dihukum penjara selama dua bulan dan dikehendaki membayar denda sebanyak 5 juta dinar Algeria (RM174,709 juta).

Rakaman tersebut mengundang kekecohan besar di Algeria, menyebabkan dia melakukan permohonan maaf.

Ramzi mendakwa bahawa tujuan utamanya hanya untuk menyebarkan keamanan dan kasih sayang. 

Namun, alasan itu tidak memuaskan hati pengkritik mahupun para hakim. – AGENSI 

 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..