NEW DELHI – Perbuatan seorang wanita di India yang selamba duduk di tepi perigi bersama anaknya sambil menghasilkan kandungan media sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @RawAndRealMan, wanita yang berbaju merah jambu itu dilihat duduk di tepi perigi sambil membuat ‘lip-sync’.
Bahkan, dia sanggup membiarkan anaknya ‘tergantung’ di perigi itu meskipun kanak-kanak tersebut sudah berpaut pada kakinya untuk mengelak daripada terjatuh.
Lokasi kejadian dan identiti wanita terbabit masih belum diketahui, namun rakaman itu mencatatkan lebih 75,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Apa masalah dengan orang macam ini? Mereka memerlukan rawatan di hospital sakit jiwa!” marah seorang netizen.
“Demi ‘view’, manusia sanggup melakukan apa-apa termasuk membahayakan anak sendiri,” sindir netizen lain. – AGENSI
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..