Thursday, October 31, 2024

[VIDEO] Rakyat Malaysia terus serbu Siam, beratur panjang di pintu sempadan

 

Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali.

BUKIT KAYU HITAM – Rakyat Malaysia terus berpusu-pusu masuk ke Thailand untuk bercuti sempena Deepavali pada esok yang bersambung dengan cuti hujung minggu.

Rata-rata memulakan perjalanan dari destinasi masing-masing pada sebelah malam dan awal pagi tadi untuk ke pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini.

Keadaan di Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam sudah sesak dengan kenderaan beratur sejauh lebih tiga kilometer (km) menuju ke ICQS tersebut sejak sebelum pintu sempadan dibuka pada pukul 6 pagi.

ADVERTISEMENT
Amazing Cool Gadgets

Satu video tular di TikTok menunjukkan orang ramai masih beratur panjang bagi pemeriksaan dokumen perjalanan oleh imigresen dan kastam Thailand pada pukul 2.30 petang tadi.

Turut kelihatan kumpulan penunggang motosikal yang masuk secara konvoi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pintu sempadan di sini mengalami sedikit kesesakan apabila rakyat negara ini mengambil peluang bercuti di Thailand sempena cuti sambutan Deepavali.

Tinjauan mendapati kesesakan sejauh kira-kira tiga di Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam sehingga ke ICQS sejak sempadan dibuka sebelum pukul 6 pagi tadi.

Kenderaan pengembara beratur untuk pemeriksaan pihak imigresen kedua-dua negara.

Kesesakan berlarutan sehingga pukul 11 pagi apabila ratusan kenderaan semakin berpusu-pusu untuk melepasi sempadan negara.

Selain itu, pekan Changlun dan Bukit Kayu Hitam juga meriah dengan kehadiran orang ramai yang singgah untuk menyelesaikan urusan insurans masing-masing, selain menjamu selera di gerai makan sebelum meneruskan perjalanan ke negara gajah putih itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..