Wednesday, December 9, 2009
Apa Dah Jadi Dengan Imam Nie......
Minta Maaf la. Imam Ibarat pohon yang rendang untuk kita berteduh..tetapi lai pula perangai nya .. bukan semua..maaf ya tuan-tuan Imam...
Berita Harian 9 Dis 2009
TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.
Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang ........nya.
Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.
Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.
Astaghfirullah hal azim. Na_u zubillah hi min zalik.....ya Allah jauhkanlah kami dari musibah ini...dan terpalit kepada kami...kahwin 2 tak apa lagi kan....
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..