Thursday, December 10, 2009
Mengapa Cap Jari Kita Berbeza
Salam , bertemu kembali semoga beroleh kesejahteraan dan sihat selalu hendaknya.
Orang -orang Musyrikin di Makkah sentiasa membantah dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bahkan mereka juga mempersendakan ayat-ayat Allah. Antara sendaan mereka ialah tidak mungkin mereka dibangkitkan semula apabila mereka telah mati dan menjadi debu. Allah SWT menjawab sendaan kaum musyrikin tersebut. Umpamanya dalam surah ( Al Qiayyamah ayat 1,2,3,4 ) yang bermaksud :
1. Aku Bersumpah dengan hari kiamat
2. Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali
3. Apakah manusia mengira,bahawa kami tidak akan mengumpul kembali tulang
belulangnya ?
4. Bukan demikian, sebenarnya kami berkuasa menyusun (kembali) hujung-hujung jari
mereka.
Dalam bahasa Arab, perut jari dinamakan sebagai (banan). Dalam ayat ke 4, Allah SWT mengatakan bahawa dia mampu menyusun kembali hujung-hujung jari jemari manusia atau perut jari. dengan tidak secara langsung, Allah SWT membayangkan kepada kita bahawa cap jari tidak sama . Antara cap jari kiri dengan cap jari kanan tidak sama bahkan antara cap jari anak kembar seiras juga tidak sama walaupun kedua-duanya mempunyai jenetik yang sama. Ini merupakan satu mukjizat ilmiyy kerana ia mendahului ilmu pengetahuan manusia. Pengetahuan manusia tentang perbezaan cap jari hanya muncul pada tahun 1900an dan ia digunakan untuk mengesan iedentiti seseorang terutama dalam kes-kes jenayah. Sebelum itu, sistem Bertillon yang menggunakan wajah, digunakan untuk mengesan seseorang. Kaedah Bertillon yang menggunakan hajah digunakan untuk mengesan identiti seseorang. Kaedah Bertillon tidak boleh dipercayai sepenuhnya berbanding dengan kaedah menggunakan cap jari .
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..