Salam... Apa khabar orang kampung....
Ana baru terima email dari kawan dari Alor Setar , Kedah . Setelah melihat bagaimana gambar bagaimana ikan dolphin yang disembelih dan dibunuh oleh orang Denmark . Sebagai manusia , walaupun ana juga seorang pemancing ikan tetapi tak sampai hati ana nak membunuh ikan sampai macam tu.
Kalau kita belajar geografi , kawasan grand bank iaitu di sebelah Nova Scotia, Norway dan Denmark memang kaya dengan ikan. Maka industri ikan amat penting bagi pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut.
Untuk makluman pembaca penulis pernah berenang di kawasan perairan Penang dan pernah Ikan lumba datang di sebelah , seolah olah ingin berkawan dengan kita. Datuk ana suatu ketika dahulu semasa perahunya sarat dengan ikan dan ketika itu bot seolah olah hendak karam, ketika itulah datang pertolongan Allah dengan menghantar sekawan ikan lumba lumba untuk menolong datuk saya sehingga ke persisiran pantai.
Kesimpulannya, ikan lumba lumba atau Dolphin ini ialah sepesis yang baik dengan manusia dan ikan dolfin ini juga sebagai penghibur di lautan. Saya yang baca posting ini sila beri maklumbalas.. di ruangan sebelah..
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..