Tuesday, July 20, 2010

Bagaimana Hasil Orang Kampung Nak Laku ?






salam buat semua..maaf lambat posting

Baru baru ni penulis telah bertandang ke Pengkalan hulu Perak dan masuk ke sempadan Thailand..Jajahan yang berdekatan dengan Pengkalan Hulu ialah Betung Thailand..tempat nya menarik untuk dilawati..
Apa yang menyedihkan di sini ialah segala hasil buah buahan mudah je masuk dari Thailand...bayangkan buah durian , petai dan hasil buah kayu yang lain dibawa masuk ke Negara kita. berlori lori . dah di bawa masuk dengan kadar harga yang cukup murah , penulis sempat bertanya kepada penjual dari Thailand berapa harganya "

Durian kampung sekilo baru RM 1.20 ,dijual di pasar malam RM 3.00 sekio
Durian Kahwin atau baka baik Harga RM 2.30 se kg , dijual kat pasaran RM 5.00 sekg
Petai 100 baru RM 25, kat pasar malam sepapan RM 0.40 hingga 0.60 sen
Manggis sekilo RM 1.00 ,kat pasar malam RM 2.50 hingga RM 3.00.

Dalam fikiran penulis, sebab tulah orang kampung mengeluh hasil kebun tak laku, murah pula, kerana peraih atau orang tengah lebih suka beli buah dari Thailand..kerana murah serta tak payah masuk ke Thailand ,, mereka datang kat pintu sempadan je..kesihan orang kampung ye....dah lah harga murah kat kebun...mereka masuk mudah je kat Malaysia..boh minyak penuh pulak tu....geram je tengok...sebab minyak kat Thailand Rm 2.70 , itu yang murah...do someting..tak sabar nak tunggu 1 ogos nie..lama dah depa dok kaut untung kat Malaysia ni..

14 comments:

  1. kalau nak tahu Thailand,,semua barangannya murah...

    ReplyDelete
  2. hmmm..btol tu..kerajaan mesti amik action utk mereka...smpai biler nk mcm ni..

    ReplyDelete
  3. takder monitor dri pihak gabemen ke?

    ReplyDelete
  4. ha ah buah sne mmg murah... tp kt kg atok sy musin durian harga 50sen sekilo tp kne tgu bwh pokok huhuhu.... =)

    p/s: sian kt petani malaysia ermm

    ReplyDelete
  5. kena ada yang bertempik,,buat rusuhan dan angkat sepanduk agaknya baru hal ini di bawa ke tengah..

    ReplyDelete
  6. bukan semakin senang, makin susah nampak nya org kampung..pihak tertentu kena amik tindakan secepat mungkin..

    ReplyDelete
  7. Orang kampung macamtu lah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    ReplyDelete
  8. kesian pulak bila tau cerita ni.. harap2 ada la kawalan biar org2 kg kita tak terjejas pendapatan :)

    ReplyDelete
  9. penguatkuasaan disempadan mmg lemah..bukan hanya buah termasuk juga barangan lain paling membimbangkan senjata api.

    ReplyDelete
  10. dulu kes ikan..tukar tong ikan..

    Abu luqman ..Sedih apabila kelaut dalam , ku lihat hasil laut dikaut oleh orang luar Malaysia

    ReplyDelete
  11. Suatu ketika dulu kampung aku terkenal dengan buah mata kucing. Semua orang mesti ada pokok mata kucing. Bila masuk mata kucing thailand yang besar, isi tebal dan manis dengan harga murah, habis semua tebang pokok masing2

    ReplyDelete
  12. Nasib petani selalu kena tindas..siapakah yang berjanji nak naikkan taraf hidup rakyat....

    ReplyDelete
  13. saya rasa dah tiba masanya khidmat orang tengah ni dilupuskan.diaorang je byk makan untung.sangat tidak adil

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..