Monday, July 19, 2010

Tokyo, Bandaraya Termahal Di Dunia


Kos sara hidup tertinggi di dunia

Mengikut cerita Mohd Hafiz Bin Abdul Kadir , seorang rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Tokyo, menyatakan bahawa Kos untuk menyewa sebuah apartmen adalah sebanyak RM 3000 sebulan. Kos gaji yang diterimanya sebulan , tidak mampu untuk membayar sewa apartmen, jawabnya kena kongsilah dengan kawan kawan.

Menurut ECA International dan Business Week, bandaraya termahal untuk diduduki ialah Tokyo, Jepun. Pertama kali diumumkan ialah pada tahun 2005.
Ketinggian nilai hidup di Tokyo dapat dilihat melalui kos sara hidup asanya seperti

Makan Tengah hari AS$ 18.00 ( RM 57.70 ) seorang
Sekilogram beras beharga AS$8.47 ( RM27.15 ) sekilo kalau 10 Kg RM 275.25 perghh
Sedozen telur beharga AS$ 3.37 ( RM 12.1)
Tiket Wayang AS$6.72 (Rm 41.70)
Makan Tengah hari di Restoran AS$ 33.00 ( RM 105.80)
Secawan Kopi RM 15.00
Sebiji Manggis beharga RM 6.00
Menyewa sekeping DVD berharga AS$ 8.00 ( RM25.60 )
Seluar Jean berharga AS$150.00 ( RM 480.80 ) tak pakai lah minah dan mat kita..

Ketika tinggal disana ramai pelajar dan pekerja dari negara luar memilih untuk memasak sendiri setiap hari, bagi meneruskan kehidupan di kota Tokyo..Tetapi pendapatan penduduk di Tokyo pun agak tinggi , sehubungan itu walaupun kos sara hidup tinggi, mereka masih mampu untuk menampung perbelanjaan seharian.

Berbeza kita dikampung..telur ayam diambil dalam reban ,dibasuh pulak tuuu... pucuk paku , pucuk ubi kat belakang rumah je, beras sekilo baru RM 2.40 je yang murah RM 1.60 ,,memadailah sekadar hidup di kampung..apakan daya sahabat kita kena belajar dan bekerja kat sana kan..mereka harus meneruskan kelangsungan kehidupan ini dengan penuh berhemah, demi untuk mencapai cita cita.

26 comments:

  1. hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri...adakah kamu berfikir

    ReplyDelete
  2. ish ish..boleh bankrap duk kt cne..

    ReplyDelete
  3. dari kecik2 dulu nak pergi jepun.
    terfikir gak nak duduk sana.
    aish.tiket wayang pun rm41.70?
    adeh2!

    ReplyDelete
  4. pohon share di fb ya..

    ReplyDelete
  5. mahal woooooooooooooooo
    hikhikhik tp best kn cara hidup diaorg byk naik public transport... jln kaki laju2 suka =))

    ReplyDelete
  6. Nasih Muslim//tk kisah ..ambil le

    makaceh semua ye

    ReplyDelete
  7. mahalnyer....korea pun xmahal cmtu.jom dtg korea..

    ReplyDelete
  8. entri ni buat saya teringat kt anak pulak..dia dok jepun skrg ni..memang kos sara hidup sgt tinggi..hrg sepucuk sate msia rm3.70 (100yen) mahal giler..hari2 kena lah masak sbb kalau nk beli susah nk dpt yg halal..

    ReplyDelete
  9. wah!! awat mahal sangat...nasib baik la ayah sy asal indonesi je.. bukan jepun.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mati laa..klu sy mnetap kat sana...

    ReplyDelete
  11. mak aiii.. mahal gila

    musnah kejap cita-cita nak travel gi sana

    ReplyDelete
  12. To ALl
    Sweet sal,MIs XWZ ,AMira ,Amri
    AMster,Fara ice, oren limau,
    roti kacang..terima kasih ye..

    3 tahun lalu kawan dari sony ke sana bawa maggi bertong tong nak makan ye

    ReplyDelete
  13. jgn beza dgn sini.. pendptan berbaloi di sana..

    ReplyDelete
  14. sy suke tokyo sebab nmpk cam negara dorang bersih jer:)selalu tgk dalam citer jerla

    ReplyDelete
  15. taklama lagi msia mgkin jd mcm tu gak..

    ReplyDelete
  16. Haha..
    Kalo sy tinggal kt sn mmg x dpt la..
    Thanx 4 sharing the info..

    ReplyDelete
  17. mak aiii kemain mahal harga telor..

    ReplyDelete
  18. Jepun memang terkenal dengan kepesatan teknologi yang canggih2. Lagi canggih, lagi tinggilah kos.

    ReplyDelete
  19. wah... ni baru betul2 tinggi kos hidupnya.... so... bersyukurlah kita yang berada di bumi MALAYSIA.....

    ReplyDelete
  20. to all

    tanks for sharing...keep it up

    ReplyDelete
  21. Gaji besar belanja besar. Gaji kecik belanja kecik. campur tolak campur tolak sama je. lain la kalau kerja kat tokyo tp hidup di malaysia. Baru boleh mewah

    ReplyDelete
  22. begitulah hakikat negara maju!

    ReplyDelete
  23. try bro tgk Life hidup Korea... rasa lagi tinggi kat sana berbanding Jepun.. betulkan saya kalau saya silap erk..

    ReplyDelete
  24. Makaceh semua
    Norashikin : Itulah dok kat bandar maju
    Uruchikuma : Betul jgn bawa perut kat depan dah la
    rosyzati : terima kasih

    Ataich : akan ku cari maklumatnya

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..