Sunday, July 18, 2010

Haram pakai jersi lambang salib


KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

18 comments:

  1. minta maaf ye...saya dah agak pasti akan di tegur oleh tok mufti..betul tu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ramai org tak perasan atau perasan tapi 'buat² tak kisah'

    realiti pahit yg terpaksa diterima buat suppoters team² yg terlibat

    ReplyDelete
  4. harus disebarkan ni!

    ReplyDelete
  5. terima kasih sahabat atas entry yg amat bermakna ni. Bola-bolalah juga, tapi akidah harus diutamakan. jgn jual akidah demi bola. jgn lacurkan agama demi sukan.

    Majulah akidah untuk beragama.

    ReplyDelete
  6. sy sokong....
    pemakaian jersi d kalangan msyarakat skrang nie mkin ketara, semata2 untuk menunjuk kan sokongan terhadap teAm..die org sangup pkai jersi yg agak keterlaluan corak dan lambang...(hehehe,asal ayat skema sgt nie...)

    ReplyDelete
  7. Salam buat semua... terima kasih atas sokongan anda

    ReplyDelete
  8. Dah terang man....konsep SYUBAHAH tu....Nuff pun sama hahaa..tak boleh iklan beer

    ReplyDelete
  9. jangan terlampau fanatik dengan sesuatu hal sampai tak endah hal agama :)

    ReplyDelete
  10. yezza..gua sokong..jersi england ada lmbag salib..(+) kalau perasan..bile aku cr dlm internet, tnda tu lambang agama dia org..kita duk bangga sarung jersi..kalau salah harap diperbetulkan..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih semua..anggaplah ini sebagai pengajaran kepada kite..ye

    betul kata Assoyfingger67...kalau Nuffnang iklan Beer maka haram bagi kita ambilnya...

    ReplyDelete
  12. pasni x pakai bju liverpool,de carlsberg

    ReplyDelete
  13. I like it this really good information.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..