Saturday, July 24, 2010

Sudah Jelas Taraf Tak Halalnya,, Pi makan Lagi

INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.

Kopitiam beli ayam meragukan KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini. Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui. "Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu. "Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

Nota : Surat Khabar semalam memaparkan seorang pelajar saman restoran terkenal. kerana dalam makanannya ada kaki katak..eeei ..nak makan lagi ke....sudahlah wahai teman banyak lagi kedai halal yang boleh kita makan, makanannya

17 comments:

  1. sudah tahu kedai tu bukan milik orang Islam..jgn p la

    ReplyDelete
  2. salam...
    alahai..kenapalah orang kita ni yek?
    macam tak ambik kesah sangat..bila dah kena baru nak kelibut..

    ReplyDelete
  3. mcm klakar la plak.. a'aah.. dah tau p jgk..adoi.. ssh mcm ni

    ReplyDelete
  4. benda makan buat main2..
    jadi darah daging kot..
    ish2

    ReplyDelete
  5. macam2.
    x rasa loya tekak ke bila dah tahu camtuh?isk3.masalah...

    ReplyDelete
  6. setakat ni sy p kdai milik islam jer..tu pn sy still tgk2 gak..tkt2 masalh mcm kopitiam tu jdik..ssh2 sgt ke msk kt umh jelh=P..lagi selamat..

    ReplyDelete
  7. seriously sampai la ni tak pernah jejak mana mana kopitiam..lebih suka mamak :)

    ReplyDelete
  8. ermmmmmm ni la org yg selalu tak kisah

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi masuk rest. kopitiam, bila dgr macam ni..naik geli geleman pulak..

    ReplyDelete
  10. hohoho.. sekarang kena hati2 gak memilih tempat makan. isk.. yang sampai jumpa kaki katak tu yg x tahan. entah cmna la rasa makanan dia makan tu ea..

    ReplyDelete
  11. huhu.
    kena berhati lagi pasni.
    elakkan makanan syubhah.
    dah tau tak halal/ ragu2, better takyah g kot.

    ReplyDelete
  12. salam,

    antara sebab hati kita menjadi hitam, kejar dunia dan lupakan akhirat adalah kerana apa yg kita makan.

    mmg tak dinafikan, negara kita malaysia, negara islam ke? banyak makanan yg meragukan? pelikkan.
    so, disinilah kita disuruh guna akal dan hati dlm memilih apa yg kita mahu. halal atau tak kisah?

    semoga tuan di rahmati allah swt selalu. amin

    ReplyDelete
  13. terima kasih affan,,blucity..diana..bee ..
    sweet sal

    ReplyDelete
  14. nape diblurkan nama kopitiam tu.. hebahkan je terus...

    ReplyDelete
  15. macam bangi kopitiam je. btw, bangi kopitiam memang bukan kepunyaan muslim. Ia kepunyaan usahawan cina bernama mr ooi, owner syarikat many printing di bangi (dulu dikenali sebagai dot to dot). kehadiran kids search kat situ hanyalah duta je. tapi kedai tulaa kegilaan orang melayu ...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..