SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.
Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.
"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.
Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.
Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu.
Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang.
Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan.
Sementara itu, MEDIU yang dibuka pada 2007 menawarkan pengajian secara maya dan mempunyai penuntut dari serata dunia merangkumi kursus peringkat Sarjana Muda dan Sarjana Muda Ilmu-ilmu Sains Islam, Bahasa Arab dan Teknologi Maklumat.
Pengerusi Majlis MEDIU ialah Putera Dr Bandar Salman Muhammad Al Saud yang juga merupakan Penasihat kepada dua Masjid Suci itu.
Anggota Majlis universiti itu terdiri daripada Imam dan Jurucakap Masjid Nabawi Dr Abdul Bari Awwadh Al Thubaiti dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Dr Zulkifli A. Hassan. - BERNAMA
salam buat semua..A loqman..lama dah berhenti merokok anda macam mana ye
ReplyDeletetak merokok, tak suka marah isteri, tapi suara tak sedap jugak. Sebab suka minum air sejuk kot....
ReplyDeleteowh..gitu petuanye...baru tahu...
ReplyDeletehoho.. point tak marah isteri..memang menarik!!
ReplyDeletePost terbaru: Tidur pun jadi Masalah!
Suara saya memang kurang enak..tak merokok pon..huhu...syukur ada suara..
ReplyDeletemmg bw byk keburukan dr kebaikan..99% keburukan 1% kebaikan..
ReplyDeletesudah hampir berjaya berhenti :)
ReplyDeletemerokok akan membuatkan kita sakit kerengkong..dan suara jadi serak
ReplyDeleteada sahabat petua..minum air sejuk banyak banyak ye
ReplyDeletelepas2 kapten baca enry ni, trus kapten bukak utube search video Syeikh Ali Al-Muolla ni... memang sedap dengar dia azan.. lunakkk je... MasyaAllah..
ReplyDelete