Wednesday, August 18, 2010

Buat Jahat Tak Ke mana , akhirnya Suspek simbah asid direman



SUSPEK kes simbah asid terhadap empat beranak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam untuk direman.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian simbah asid sehingga mencederakan empat mangsa termasuk isteri dan dua anaknya Ahad lalu direman selama enam hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Mohd. Erman Che Mat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdekatan kawasan semak berhampiran Kampung Poh dan Kampung Pasir Nering, Kuala Berang dekat sini pada pukul 12.55 petang kelmarin.

Menurut beliau, ketika ditahan polis turut menemui sebilah pisau sayur dan sebatang jarum suntikan dadah dalam poket seluar lelaki itu.

9 comments:

  1. itulah ..fikir dahulu sebelum melakukannya.

    ReplyDelete
  2. bila dah bawah pengaruh dadah, fikiran pun jadi tak waras

    ReplyDelete
  3. aduhai bapak budak ni...bodoh melantun2...nak je aku tikam ngan pisau...

    ReplyDelete
  4. ini orang patut kene ikat belakang kereta pastu seret kat jalan tar je

    ReplyDelete
  5. takut btol ngan org mcm ni...mintakla dijauhkan...huhu

    ReplyDelete
  6. nie semua keja gang mat gian...tak dpt duit anak isteri di pukulnya

    ReplyDelete
  7. semoga dia mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Kesian kat anak bini..

    ReplyDelete
  8. adoi fenin mcm2 perangai manusia skg ni huh

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..