Tuesday, August 17, 2010

Ha Tu Dia,, Operasi Tangkap Peniaga Degil


ANGGOTA penguat kuasa MBAS menyita peralatan peniaga ingkar dalam operasi Ramadan di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam.

Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian apabila sekumpulan penguat kuasa MBAS datang ke kedainya di Kota Sarang Semut yang menjual makanan seawal 11 pagi.

Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum MBAS merampas kesemua barangan dan peralatan perniagaannya termasuk lauk-pauk dalam operasi Ramadan bermula pukul 9 pagi itu.

Penolong Pegawai Tadbir MBAS, Azizah Hamid memberitahu, rampasan makanan tersebut dibuat kerana peniaga melanggar arahan yang dikeluarkan pihaknya melarang menjual makanan pada bulan Ramadan sebelum pukul 3 petang. Kegil ladah la nie..

Depa ni memang degil...kalau nak berniaga selepas jam 3.ptg la..kalau awal siapa yang beli..pastinya org yang ..........................saya tak kata anda yang kata ye..hehehe.

8 comments:

  1. salam, patut sangat mereka ni (peniaga) di tangkap, bukan nak jual pada yg puasa tp lebih kepada yg suka ambil kesempatan...patut juga restoran2 yg buka awal pagi lagi terutama restoran 24 jam.

    ReplyDelete
  2. depa ni tua la..11 bulan dah berniaga rehat lah sama ..noo

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan,

    Bila ada permintaan dari mereka yang degil tak mau berpuasa, tentunya peniaga yang degil begini juga mau buat keuntungan.

    Eloklah tu barangan disita. bukan tak kesian, tapi nak berniaga, waktu petanglah yang sesuaikan...

    ReplyDelete
  4. makcik o makcik...kalau nak cari pendapatan pun agak2 la...ni mesti keterujaan nak meniaga ni..hehehe:)

    ReplyDelete
  5. hoho niaga awl sgt tkt ade yg terbuka plak huhuhu

    ReplyDelete
  6. Pelik2 btul manusia zaman sekarang...merosakkan sesama bangsa secara halus...dasar....

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..