Thursday, October 14, 2010
AKu Bukan Menuduh.menuding Jari.. Tapi Sekadar Ingatan .
Sebagai renungan hari ini........
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya .. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
salam...kdg2 pakai tudung pun atas dada...ada tudung cam biara kristian la..
ReplyDeleteorang selalu terlupa konsep aurat..tahu tudung tapi tak tahu aurat~
ReplyDeletesalam bagus khutbah tu, dipertangggungjawabkan keatas para suami untuk mertarbiah isteri anak2nya
ReplyDeletenice entri...
ReplyDelete=)
salam..menarik!
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
yg plg teruk skrg byk video2 lucah yg melibatkan remaja muslim bertudung...
ReplyDeleteso mcm mana non muslim nk +ve thinking kt wanita brtudung?
Ma kaseh semua ye...berblog sambil berdakwah yeee...
ReplyDeletesalam ya akhi,
ReplyDeleteBagus tajuk ini diperingatkan selalu kepada muslimah dan muslimat.....semuga dirahmatiNya..
Jazakallah khairan.
balik ke asal
ReplyDeletekenapa bertudung?
kalau untuk fesyen, maka fesyenlah jadinya
kalau untuk menutup aurat, pastinya akan mengikut cara2 yang betul
...ada juga yg hanya ikut2 je
ye..aku pun rasa tudong sekarang tak ikut garis panduan syarak...lebih kepada fesyen saja...konsep asal tudong dah dilupakan....
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan...:)
ReplyDeleteSalam,thanks..baru baca,mengingatkan balik ..
ReplyDelete