Friday, October 15, 2010

Padah Jadi Ahli Haram 'Bayar RM3,000 jika mahu bebas'


NUR FARLIHIN kini dipercayai berada di Bangkok selepas hilang sejak Februari lalu.

GEORGE TOWN – Keluarga Nur Farlihin Yahya, 20, yang hilang sejak 14 Februari lalu
kini semakin bimbang apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan menuntut wang ‘pembebasan’ gadis itu sebanyak RM3,000 daripada individu yang tidak dikenali.

Menurut kakak Nur Farlihin, Fazeliyatun, 30, dia menerima SMS itu kira-kira pukul 2 petang, 11 Oktober lalu iaitu pada hari laporan berita mengenai kehilangan adik bongsunya itu keluar di akhbar.

SMS itu menyebut: “Untuk pengetahuan mak cik sekeluarga, anak mak cik ada sama kami, dan dia sudah jadi keldai kami untuk bawa barang dengan upah yang tinggi. Kalau nak dia keluar dari jadi ahli, mak cik kena bayar RM3,000. Ini syarat keluar ahli”.

Fazeliyatun berkata, selepas menerima SMS daripada talian bernombor 017-9320324 itu, dia cuba menghubungi semula nombor berkenaan tetapi tidak dijawab.

“Sejak itu, kami tidak menerima sebarang panggilan telefon atau SMS daripada adik saya kecuali orang ramai yang ingin memberi bantuan termasuk memberi kata-kata semangat.

“Kami sekeluarga bertambah bimbang dengan nasib yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

4 comments:

  1. ape la kejam sngat org ni..haih..moga gadis ni selamat kembali ke pangkuan keluarga..

    ReplyDelete
  2. ilang sudah nilai2 kemanusiaan..apalagi yg tinggal dalam hati2 mereka ni..

    ReplyDelete
  3. makin lama makin pelik cara orang cari wang
    asal dapat duit je

    ReplyDelete
  4. pasni berhati-hati la nak sign up jadi ahli apa2 pun

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..