Saturday, October 16, 2010

Kes bayi ditimpa siling disiasat..Macam mana ni..


IPOH – Dakwaan seorang bapa berhubung kecuaian kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Batu Gajah (HBG) dalam memberi rawatan kepada bayi sulungnya akan disiasat oleh Lembaga Pelawat kedua-dua hospital terbabit.

Ahli Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad berkata, beliau telah menghubungi bapa bayi itu, Sahmani Dolmat, 29, (gambar) semalam, bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang menimpa anaknya, Putri Nursofea Humaira, namun dia enggan bertemunya.

“Sehingga kini kita masih belum mendapat maklumat lengkap mengenai apa yang berlaku. Walaupun Sahmani tidak membuat aduan secara rasmi, kita akan tetap menyiasat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Omar berkata, sebagai Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khusus sebagai perantara orang ramai dengan hospital, pihaknya bersedia sepanjang masa menerima sebarang aduan.

“Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pelawat HRPB akan datang. Sekiranya benar dakwaan itu, kita akan memanggil kakitangan terbabit bagi memastikan insiden sama tidak berulang,” katanya. KOSMO

2 comments:

  1. Kalau benar kejadian ini maka sewajarnyalah kes ini disiasat agar ianya tidak berulang lagi...

    ReplyDelete
  2. btul tu..dgr cerita penjaga tu jaga ramai ngat..8 org termasuk anak sendiri..tak sempat nak kejar kot ramai2 gitu..huhu

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..