Monday, January 3, 2011

Bekalan minyak masak habis.... Apakah Tandanya ?


SEORANG pemilik kedai runcit, Nora Che Hussain mendakwa stok minyak masak di kedainya di Taman PKNK, Alor Setar habis sejak dua minggu lalu.

KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Nota : ini lah bunga bunga awal tahun 2011..punca punca utama bahan memasak ini akan naik. dan macam macam alasan akan dikeluarkan oleh pemborong bagi menyedapkan kata mereka sahaja..selalunya macam ni la ..mula habis..lepastu kerajaan buat perbincangan , kemudian bersetuju harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat..huhu kita tunggu dan lihat sahaja..

20 comments:

  1. barang naik (BN) huhu kesian kat..makcik 2 kita kat pendalaman sana..lps ni cucok ( kueh ) pun akan naik la

    ReplyDelete
  2. teruskn sokongan pd 1malaysia..BN.. barang naik..naik..naik. yg susah adalah kaum2 najib jugak! rakyat diutamakan.. apa2 rakyat yg kena byr lbh.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah su ....tak de masalah...coz mama su dh stanby.....tekejut juga bagi post nie tak tau pilak minyak masak bakal terputus bekalan...em.....syukur bagi su manje masih lagi ada bekalan...minyak masak...

    Thanks info nie en.Abu Loqman...

    ReplyDelete
  4. makasih sue manja

    zuanXi : barang naik ..itulah brand dia huhu

    ReplyDelete
  5. camtu la tahun baru esp bila nak raya china.. tak pelik tapi geram...!!

    ReplyDelete
  6. gula pun takdak la ni.. heran btoi aku.. p pasaraya besar pun takdak... minyak ngan gula.. pelik2...

    ReplyDelete
  7. kita ni selalu kena tipu..

    kilang Minyak ..dalam Negara
    Kilang Gula sampai 5 buah...

    ni semua keja pemborong tu...bil harga naik , semua barang sampai

    ReplyDelete
  8. huhu..byk blogger yg story pasal ni..yg susah brtmbah susahla lps ni..huhu

    nk mntak tlg vote 4 me bole?

    VOTE FFTF 035 HERE

    thanks alot ya..

    ReplyDelete
  9. Adeh~
    Macam-macam la.
    Dah r minyak.
    Gula boleh tahan lagi.

    ReplyDelete
  10. salam..
    tandanya
    HARGA nak naik
    lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  11. Adakah minyak ini akan naik harganya?

    ReplyDelete
  12. nak naik lagi..hrmmm naik lah
    apa daya kita nak tahan....

    ReplyDelete
  13. makasih

    redector ..Letih dengar

    Zimah : kebarangkalian naik ada

    Sudais : lps ni kuasa di tangan kita

    makasih macy

    ReplyDelete
  14. Harap2 tak adalah kempen 'sesudu minyak pun dah mencukupi...'...

    Golongan surirumah macam kak lah yg selalu dlm dilema, hhmmmm.......

    ReplyDelete
  15. makasih semua yang beri sokongan ye

    ReplyDelete
  16. 2 kelemahan ekonomi di sini....harga barang naik dan sorok barang tak terbendung...punca dan mangsa kiita juga...:(

    ReplyDelete
  17. sampai kapan harga akan naik terus...terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..