Sunday, January 2, 2011

Pelajar IPT Melacur..Huhu..Pasai Apa ?


Tidak tahan godaan wang

RAMAI gadis tempatan terperangkap dengan dunia pelacuran kerana mahu hidup mewah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bermula dengan mahu mencari wang bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang ketika di asrama, Arin (bukan nama sebenar), 27, tidak menyangka dia akhirnya terjebak dalam dunia pelacuran kelas atasan yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Meskipun dia terlibat dalam dunia penuh noda itu selama 45 hari sahaja, ia sudah cukup untuk menyebabkan gadis itu merasakan dirinya sangat kotor berbanding insan lain di dunia ini.

Malah bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu yang kini bekerja di sektor awam, masih tidak percaya tentang hakikat sisi gelap hidup yang dilaluinya itu.

"Saya perlu mendapatkan RM3,000 untuk menggantikan komputer tersebut tetapi ia bukan mudah bagi seorang pelajar seperti saya," katanya secara jujur dalam pengakuan terbuka kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Nota kaki...Perkara ini bukan perkara baru...tetapi telah lama wujud dalan Negara kita..malah..ianya telah menjadi tradisi dalam kehidupan masyarakat IPT itu sendiri. Perkara ini berlaku kadang kadang bukan atas kerelaan sendiri , tetapi atas godaan syaitan, pujukan teman lelaki malah yang paling parah ialah kerana kesempitan wang untuk meneruskan pengajian di IPT.
Kehidupan dalam Kampus secara glamor kadang kadang ianya memberi Impak kepada seseorang mahasiswi dalam erti kata kehidupan mewah di kampus kampus IPT. Kadang kadang mahasiswi ini terperangkap dengan pujukan teman lelaki dan pensyarah yang hidung belang..mula mula seronok..tapi apabila ianya mula mendapat wang dari hasil lacur..maka ianya akan berterusan.wang boleh buat apa saja ye..Penulis berharap rakan blogger kita tak sebegini ye...malah semuanya baik baik...kita doakan..

30 comments:

  1. nak tahu lebih lanjut ..cari dlm google

    ReplyDelete
  2. adoi...!!!!! adik sayang...
    banyak cara la nak carik duit..
    janganla guna cara tu...
    Ya-ALLAH...dunia dah makin tua...
    ampunilah dosa ku......dosa muslimin dan muslimat....ya ALLAH...berkatilah hidupku...berilah taufiq dan hudayah pada mereka yang buta hatinya...
    Amin.....

    ReplyDelete
  3. uiks...
    berkecil hati nie...
    tak tersenarai dalam rakan komentar dalam blog nie...
    ekekekkekek..
    malu nie...
    larrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiii..

    ReplyDelete
  4. Ya ALLAH,nauzubillah...
    mintak jauh2 laa...
    makin parah masyarakat skang...huhu

    ReplyDelete
  5. dah macam terdesak sgt nk hidup mewah..apadaa..moga insaf cepat sebelum terlambat

    ReplyDelete
  6. aku benci gler lau benda ni nak kaitkan ngan ipta...lau diri dah jahat jgn la nak cakap org lain pn biase wat...ak dah 3thun kt ipta...aku xpenah nmpk sorg pn mbr aku camni...diri sndri tu dah memg jahat...aku ok je duk sni...duit ckup je...ak 3thun duk sni xpenah mintak mak ayah ak duit...ckup je blanje ngan duit ptptn..aishhhhh...skit ati btol dgr

    ReplyDelete
  7. alahai..macam dunia ni dah xdew kjew yg lagi afdal dan lagi elok pada kjew yg macam tu...apelahhh. otak dan akal diberi utk berfikir.bukan untuk hiasan semata2 kan. bkn kena fikir jangka pendek. kena fikir jugak plan jangka panjang..semoga kita semua tidak terjebak ke lembah durjana seperti itu,....amin ;))

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam..jangan lah marah..tak tumbuh tak melata..tak sungguh ..akbar tak kata.maaf ya..saya pun belajar kat IPTA. sedih gak gengar ...huhu

    ReplyDelete
  10. makasih semua..kita pakat pakat jauhkan ye..banyakan doa dan solat ye...

    ReplyDelete
  11. harga diri bukan seharga dengan nilai RM3000. seorang ibu juga tidak akan merelakan anaknya terjebak dalam kancah pelacuran kerana sebuah komputer.

    budi bicara terletak kepada seseorang. soal halal haram harus diberi keutamaan ketika menyelesaikan masalah walau dalam keadaan apa sekalipun.

    ReplyDelete
  12. sokong seri bahasa~harga dan maruah bukan terletak pada rm3000.. pertimbangan antara ibu akan kecil hati dengan laptop yang hilang dan harga diri yang hilang, mana 1 lagi perit buat sang ibu.. mohon berlindung dariNYA..kita hanya insan yang lemah..

    ReplyDelete
  13. kadnag2 bila terhimpit macam itu dah tak boleh nak fikir secara rasional kan.
    alih2 jalan mudah juga diambil.
    huhu~

    ReplyDelete
  14. banyak cara nak dapat duit halal,masa muaz belajar dulu ada sorang kawan miskin sangat...nak tampung belanja harian dia jual kerepek,cuci pinggan kat kefe.Alhamdulilah sekarang dah jadi orang yng berjaya

    ReplyDelete
  15. makasih semua..

    benar kata muazlumut..x ada duit cuci pinggan kat kedai ambil upah la

    ReplyDelete
  16. mmg betul byk cari duit tapi maafkanlah dia sebab dia salah pilih jalan. sebagai seorang muslim dan muslimah yang baik, kita bimbinglah dia ke jalan yang benar. jangan sesekali pinggirkan dia.. semoga kita semua bakal ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di akhirat kelak.amin.

    ReplyDelete
  17. sekarang ni banyak orang hanya mahu cari jalan pintas saja nak dapat wang, sudah tidak fikir lagi halal dan haram..

    ReplyDelete
  18. x perlu cara ni utk hidup mewah.. mcm2 azab dtg nti...

    ReplyDelete
  19. makasih..kerana nak beli lap top je...sanggup berbogel..huihhhhh

    ReplyDelete
  20. sekarang ni memang banyak godaan, cabaran. bergantung pada diri sendiri la nak pilih jalan yang mcm ne..

    ReplyDelete
  21. Semangat perlu kuat dalam apa juga masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  22. makasih ..zimah....ya semangat perlu kuat

    ReplyDelete
  23. kesian budak tue.but, ade cara lain dari buat bende cam neh.
    keje part time kan boleh.keje kfc, mcd, ajar tusyen, dari jual tubuh.
    ni pendek akal namenyer.huhu

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..