Friday, September 30, 2011

Cuma sempat cat 20 minit...kesian ye


BULATAN menunjukkan palang kren yang patah hingga mengakibatkan Taskimin maut manakala rakannya parah di Banda Hilir, Melaka semalam.


MELAKA – Kerja-kerja mengecat di sini yang dilakukan enam pekerja menggunakan tiga buah kren sejak kelmarin dicemari insiden berdarah apabila seorang maut manakala seorang lagi parah selepas salah satu tiang kenderaan itu patah semalam.

Insiden pukul 10 pagi itu menyebabkan seorang warga Indonesia, Taskimin (gambar), 24, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter. Rakan senegaranya, Sustrino, 34, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Difahamkan, ketika itu, mereka baru 20 minit mengecat bangunan pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini. Kren yang patah itu dikatakan telah digunakan selama 10 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, kedua-dua mangsa terjatuh ke kaki lima sebuah bank berdekatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila beban dalam sangkar tidak seimbang dengan kekuatan palang kren yang membawa mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tuesday, September 27, 2011

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona


LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin.

BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibunuh di Catalonia kelmarin sebelum pengharaman sukan tersebut berkuat kuasa di arena Monumental, Barcelona.

Haiwan seberat 570 kilogram itu dibunuh oleh seorang matador berusia 28 tahun, Serafin Marin.

Para penonton seramai 18,000 orang menyaksikan majlis terakhir laga lembu jantan tersebut.

Sebahagian daripada mereka menjulang tiga matador yang mengambil bahagian dalam pertarungan dengan lembu jantan.

Larangan sukan tersebut akan bermula pada Januari tahun depan.

Parlimen Catalonia mengundi pada Julai 2010 untuk mengharamkan sukan tersebut.

Pengundian itu dibuat selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia mendapatkan 180,000 tandatangan bagi meminta sukan tersebut dibincangkan.

Para peminat sukan itu bergambar di arena tersebut sebagai kenangan.

"Adalah amat penting untuk datang ke sini hari ini," kata seorang peminat sukan itu, Juan Jose Cabedo.

Dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer untuk menyaksikan acara itu.

"Kami berasa sedih dan marah," katanya.

Namun, kira-kira 30 aktivis hak asasi haiwan meraikan penamatan acara laga lembu itu. - AFP


Wednesday, September 21, 2011

LPF teliti semula 'Hantu Bonceng'


Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem " Hantun Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandongi penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.



Pengerusinya Datuk Raja Azhar raja Abdul Manap berkata pihaknya telah menonton dan ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar ..syaitan.



" Kalau kita tengok dalam filem itu , sebenarnya tiada unsur penghinaan kerana apa yang yang dilafazkan Zizan, ketika melakunkan babala histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. kta beliau lagi..



walaubagaimanapun..dalam soal aqidah Islam, tidak ada kompromi sama ada secara sengaja atau tidak, kita perlu berfikir sebelum berkata kata...mana mungkin kita boleh berkata sebegitu..sedangkan kita selalu berselawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w

Sunday, September 18, 2011

Hebat......Demonstrasi tiga chef



BERTEMPAT di Taman Melawati, Kuala Lumpur, sambutan Hari Keluarga oleh Sunway Rydgeway berjalan penuh lancar selama dua hari. Biarpun dilangsungkan dengan penuh kesederhanaan, acara-acara yang disediakan tetap menceriakan keluarga-keluarga yang membeli unit banglo di situ.

CHEF JEAN-JACQUES sudah sebati dengan hidangan tempatan.

Dengan tema East Meets West, hari pertama program tersebut menyaksikan pertembungan chef terkemuka tanah air, Chef Ismail dengan chef dari Perancis, Chef Jean-Jacques Butynska.

Para tetamu turut berpeluang menyaksikan secara langsung demonstrasi masakan kedua-dua chef tersebut dan seterusnya merasai sendiri hidangan yang disediakan.

Begitu juga dengan slot hari kedua program itu, Jean-Jacques masih dikekalkan tetapi, kali ini dia digandingkan pula dengan Chef Florence Tan.

Mula berjinak-jinak dalam dunia memasak seawal umur 16 tahun, makanan tradisi Melayu bukan lagi asing buat Jean-Jacques kerana dia sudah didedahkan dengan juadah tersebut selepas berkahwin dengan isterinya, seorang warga Malaysia berbangsa Cina.

“Saya masih lagi belajar tentang makanan Malaysia dan pengalaman bertemu kedua-dua chef tempatan ini amat menguntungkan saya.

“Juadah Malaysia sememangnya berbeza daripada masakan Perancis terutama tahap kepedasan dan bahan-bahan yang digunakan.

“Mungkin kedengaran pelik tetapi saya amat menggemari masakan pedas. Jadi, saya tiada masalah bereksperimen dengan makanan Malaysia,” ujar peminat laksa itu.

Hijrah Jean-Jacques ke Malaysia secara tidak langsung turut mengubah teknik masakan yang dipraktikkan selama ini bagi mengikuti kesesuaian budaya masyarakat tempatan.

CHEF FLORENCE menunjukkan bakatnya dalam menyediakan juadah istimewa di hadapan penghuni kejiranan Taman Melawati.

Masih mengintai peluang untuk membuka restoran sendiri di Kuala Lumpur, chef berusia 47 tahun itu mempelajari penyediaan masakan tempatan daripada bapa mertuanya.

“Jika sebelum ini saya akan menggunakan wain dalam masakan tetapi kini saya menukarnya kepada cuka,” jelasnya lagi.

Friday, September 16, 2011

David Beckham Malaysia (Safee sali)


salam buat semua..
Haha ..belum main lagi, Safee sali sudah mendapat gelaran sebagai David Beckham Malaysia..
Safee terpaksa berehat seketika kerana kecederaan lama ...datang kembali...
Kita berharap beliau sihat sepenuhnya..bagi menyambung sesi latihan..
Beliau juga mendapat jolokan sebagai David Beckham Malaysia oleh media tempatan...
Tahniah kepada safee...walaupun cedera beliau mampu mejaringkan gol

Wednesday, September 14, 2011

Sanggup Beli petrol bakar mayat kekasih..huhu

gambar dari Kosmo





apa la punya kejam ..seorang pemuda sanggup bakar gadis yang dipercayai kekasihnya ..

bukan tak cerdik..pelajar IPT pulak tu...

fikirkan lah orang lain pun na hidup juga ye...

kalau kita bunuh orang..tak kemana..pihak berkuasa akan dapat mengesan ye..

tahniah polis selangor..dan takziah kepada keluarga mangsa.. al fatihah

Monday, September 12, 2011

Jamuan Hari Raya

Ini google punya gambar
Salam Buat semua

Semalam 11/9/2011 ada orang buat jamuan hari raya..
Maklum lah hari raya masih meriah lagi..baru 13 hari ye...
apa yang nak cerita disini ialah...
Padang tempat jamuan tersebut..sudahlah becak..jadi macam bendang pula ye..
apa yang tak seronok ialah , kerana jamuan disediakan di padang..
kemudian hujan lebat pula turun..
Memang orang mai ramai..tapi makanan jam 12 dah habis ..macam mana ni...
Kesian kat tuan rumah ye....belum jam 12.30 dah habis makanan...
Aku tak pi tapi kawan penulis yang pergi...
aku tanya dia, depa tak makan kat rumah dulu kut..
depa bedal semua makanan di rumah jamuan terbuka tu..huhu...
Kawan kawan pun jangan makan banyak sangat....atau mungkin penganjur buat makanan sedikit kut...

Thursday, September 8, 2011

Cabaran Selepas Aidil Fitri


Salam buat semua...

Syukur kita baru sahaja selesai melaksanakan ibadah Puasa di Bulan Ramadhan
Sekarang tiba pula bulan syawal..baru 10 hari kita merayakan Aidil Fitri..
Selepas berbelanja dibulan syawal dengan kecairan wang tunai yang begitu deras...
kini tiba waktunya. giliran ibu bapa yang menghantar anak ke IPTA...

Syukur dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa..kerana anak mereka yang telah berjaya menjejak kaki ke menara gading....
kini cabaran baru yang dimaksudkan ialah ...membayar yuran pendaftaran anak anak ke IPT..
sekurang kurangnya RM 1500 sehingga RM 2000..itu yuran je..belum benda lain lagi :
antaranya :-
1. Lap top
2. Pakaian Baru
3. Kain cadar/ dan seumpamanya
4. Wang Saku... dll

syukur kehadrat ilahi ..kerana dengan kejayaan anak anak, kita sebagai ibu bapa...kenalah mula menabung semenjak anak anak mula membesar bermula dengan umur setahun ..baru cukup wang untuk menghantar anak ke IPTA..betul tu bro..adik kakak.

Monday, September 5, 2011

Darling..poket gua dah kosong.aku dah pokai ..huhu

Ini gambar google la...
Salam buat semua..

Hari ini merupakan hari pertama kebanyakan kekatangan awam dan swasta mula bertugas..
maklumlah banyak hari bercuti...raya kan..
Aku pun baru balik bercuti hari raya..

Bila balik raya semuanya syok dan seronok poket masih kembung lagi,
selepas hari raya poket semuanya kempis
mulalah mencari buku akaun bank tengok apa yang tinggal .

maaf darling..aku dah pokai nie..pokek dah kosong...
darling pinjam RM 100 boleh..abe nak boh duit minyak nie...huhu
mulalah darling berkerut dahi...nasib baik dia ada banyak fulus...huhu...

Friday, September 2, 2011

Gadis kutip hutang ah long

Ihsan Google

KUALA LUMPUR – Pemberi pinjaman haram ah long kini menemui formula baharu untuk mengutip hutang daripada peminjam apabila menjadikan remaja perempuan sebagai orang tengah untuk melaksanakan misi tersebut.

Remaja berkenaan diberi upah antara tiga hingga lapan peratus daripada jumlah kutipan atau RM5,000 hingga RM10,000 daripada setiap peminjam. Antara kriteria yang diperlukan, remaja pengutip hutang itu mestilah bersikap lemah lembut dan berperwatakan menarik.

Taktik itu dilihat berjaya kerana gadis-gadis terbabit diarahkan untuk menggunakan kata-kata manis ketika berurusan dengan peminjam yang liat membayar hutang.

Cara itu juga didakwa mampu mengelakkan keganasan seperti bergaduh, simbah cat atau ah long mengurung peminjam.

Difahamkan, jumlah kutipan hutang menggunakan khidmat remaja amat memberangsangkan dan mula menjadi budaya ah long sejak awal tahun lalu..KOSMO.