Thursday, January 26, 2012

Peluk kekasih Walaupun dia dah Mati


ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.

Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.

Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.

Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.KOSMO

12 comments:

  1. kadang-kadang bila ketika marah tak beringat. bila terjadi musibah baru nak beringat.

    balas berbalas singgah.

    ReplyDelete
  2. betul kata pepatah...semasa hidup tidak dihargai...bila dah mati baru disesali..apa gunanya lagi...

    ReplyDelete
  3. mcm mane la bole terjatuh..mcm bunuh diri je..hmm..

    ReplyDelete
  4. bunga bukan sekuntum...kumbang bukan seekor...langsung tak menghargai pemberian allah swt.

    ReplyDelete
  5. halah..tak tahu nak ckp cm ne.. tragis tol '_'

    ReplyDelete
  6. erk... kesiannya. ni mesti rasa kecewa x dpt nak hidup kalau laki tuh x de dlm hidup dia.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..