Wednesday, January 25, 2012

Rintihan sayu Fifi ketika ditawan Oleh Lelaki Separuh Bogel


FIFI RAMADHANI yang dapat diselamatkan dari menjadi tebusan seorang penagih dadah masih kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ibunya, Santi (kiri).

KUALA LUMPUR – Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin.

Bapa mangsa, Syafruddin Marlis, 47, memberitahu, dia masih teringat bagaimana keadaan mencemaskan itu berlaku ketika hanya mereka bertiga berada di rumah yang terletak di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Katanya, dia dapat mendengar rintihan dan rayuan anaknya minta dilepaskan suspek yang merupakan penagih dadah jenis syabu terbabit.

“Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama.

“Rayuan kami tidak diendahkan dan suspek memberi amaran supaya tidak mendekatinya jika tidak mahu kami dibunuh,” ceritanya ketika ditemui.KOSMO

10 comments:

  1. syukur cz xapa2.. kesian kat dia..

    ReplyDelete
  2. saya faham perasaan ibubapa anak2 tu,kasihan mereka apabila berada dalam situasi tersebut...Alhamdulillah selesai tanpa sebarang kecederaan pada mangsa.

    ReplyDelete
  3. hm apelahh nak jadi zaman sekarang ni. hmm

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak jadi apa2.kt paper metro pun kuar pasal kejadian ni td..

    ReplyDelete
  5. kesian dia.. mesti trauma. Moga dia cepat sembuh, dan jauhkan lah perkara2 nie dari menimpa semula. Zaman sekarang kita perlu lebih berhati2.

    ReplyDelete
  6. huhu..kita tak tahu apa nak jadi ye la nie

    ReplyDelete
  7. semoga jadi tauladan bahawa apabila berada di bawah pengaruh dada, apa pun tak boleh.

    ReplyDelete
  8. zaman sekarang..dadah musuh utama negara

    ReplyDelete
  9. syukur cz xapa2.. kesian kat dia..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..