Wednesday, May 2, 2012

Fuyoo..Wanita nak jadi gangster dah....bawa gang balun bekas rakan sekerja


Gambar Hiasan Google

KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan bekas rakan sekerja, seorang wanita berusia 20-an membawa geng sebelum menyerang dan memukul mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun diserang sekumpulan lelaki kerana dia berselisih faham dengan wanita itu mengenai masalah di tempat kerja.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa cedera di kepala dan badan.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sendirian di kedai berkenaan dihampiri empat lelaki bersama bekas rakan sekerjanya itu.

“Sebaik masuk, empat lelaki itu memukul mangsa. Mangsa mendakwa ditampar, ditumbuk dan diterajang kumpulan terbabit,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan terbabit meninggalkan kedai itu selepas melihat mangsa terjatuh di lantai dan berada dalam keadaan lemah.
“Mangsa menghubungi majikannya sebelum dibawa ke klinik berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa mengenali seorang daripada mereka yang memukulnya.

Katanya, mangsa mengesyaki wanita itu tidak berpuas hati atau berdendam dengannya selepas berselisih faham ketika bekerja bersama beberapa bulan lalu sehingga membawa rakan menyerangnya. Hmetro

Apa dah jadi nie..wanita pun nak jadi gangster..tak ngam balun je..huhu

9 comments:

  1. Dahsyat yang amat sangat...

    Sekadar berkongsi pada semua blogger pembakar semangat BuktiPembayaran Bukan Tipu
    Cinta itu buta Cinta atau Wang Ringgit
    Tempat tempat yang haram harus dijauhi Menjauhi tempat-tempat haram

    Thanks....Huge mimi

    ReplyDelete
  2. guna kekerasan bukan caranya settlekan masalah kan?

    ReplyDelete
  3. bila manusia dah hilang pertimbangan..

    ReplyDelete
  4. nanti mimi bantu sikit.....untuk apply innity tu

    ReplyDelete
  5. hurmm , bese lah sekarang. sumer nak tunjuk lagak masing2. sumer nak tunjuk hebat

    ReplyDelete
  6. don't play2,body guard dia kot?

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..