Wednesday, May 2, 2012

Gambar Luka Peserta Bersih yang kena langgar..


Lelaki dakwa dilanggar polis hingga terpelanting
NONE
















Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan. Malaysia kini

9 comments:

  1. nanti akhirnya terbukti..sape yang bersalah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. eloklsh ada penjelasan,tapi penjelasan ini tidak akan disiarkan di akhbar tempatan.(mungkin)..jangan terus menuding jari...pasti ada sebab setiap yang berlaku...

    ReplyDelete
  5. haha..kan senang dok rumah diam2..

    ReplyDelete
  6. yang korang pi henyak keta polis tu wat apa... pdn muka... hahaaa....

    ReplyDelete
  7. nieza.kamu tak baca habis..dia bukan henyak kereta..dia dilanggar kereta...beza makna tu

    ReplyDelete
  8. polis langgar org.. org reoprt kpd polis.. agak2 polis.. buat pe? :P

    ReplyDelete
  9. haha..kan senang dok rumah diam2..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..