Tuesday, July 31, 2012

Awas Semua : Angin Politik Sabah Bakal melanda Semenanjung


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan angin perubahan yang bermula di Sabah menjadi titik tolak kepada perubahan di Semenanjung dengan penyertaan pemimpin-pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat. 

Justeru, DPPM mengalu-alukan Ahli Parlimen Beaufort yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar dari Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Terkini !! Kes Eksekutif TV 9 Mati Tergantung Terjawab..Suspek Di Reman


Syaleza Jaffar

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.


Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

Monday, July 30, 2012

Berita Gempar !!! Eksekutif Pentadbiran Wanita TV9 Ditemui Mati Di Kediamannya.. Jom Baca !!



 Syaliza Jaafar

Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita Baik : Guru KAFA juga dapat bonus Raya di P Pinang.

Guru Kafa

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM3.9 juta untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri mulai 9 Ogos depan kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Menurutnya, pemberian itu melibatkan setengah bulan gaji dengan minima RM600 dan RM300 sebagaimana tahun lalu dan ia tiada ada kaitan dengan gula-gula pilihanraya umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

"Pulau Pinang juga turut umumkan pemberian bonus untuk kakitanganya dan guru KAFA menjelang Aidil Fitri akan datang.  

"Buka sahaja mereka malahan melibatkan anggota perkhidmatan awam d bawah Kerajaan Negeri dan badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, " ujarnya dalam kenyataan media tengahari tadi.

Ada sedikit peningkatan perbelanjaan memandangkan pertambahan kakitangan kerajaan dari 3,780 berbanding tahun lalu seramai 3,645 orang serta juga berdasarkan kenaikan gaji tahunan anggota perkhidmatan awam dan kadar kenaikan gaji 13 peratus yang telah pun di selaraskan pada April 2012 lalu.

Pemberian itu juga membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. Harakahdaily

Sunday, July 29, 2012

Berita gempar !!! Pusat tuisyen hina sahabat Nabi


SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.

LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Terkini !!! Terhot : Datuk Lajim Ukin Letak Jawatan semasa PM Hj Najib ..tengah Popular di Twitter dan FB kenapa ye..? fikir2 kan lah

Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
    
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
  baca lagi 

Saturday, July 28, 2012

Perghhhhh : JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar


JAIS
AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.
Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.
“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.
“Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja,” kata Razman.
Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.
“Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.
“Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka,” kata Razman. Malaysian Insider

Subhanallah : Ini kekuasaan Allah, Budak 2 tahun kena tembak, Mati..tapi wajahnya seperti biasa


Kepala terbelah kena Tembak


Suhanallah inilah kekuasaaln Allah , Budak 2 tahun di tembak mati pecah kepala ..tapi di kafan nampak seperti sediakala.. ini adalah kekuasaan  kekuasaan Allah ?.. Apa yang terjadi Adalah  kehendaknya Allah maha kaya dan maha pengampun..dewasa ini masyarakat Islam ramai Di bunuh...Allah sahaja yang tahu...sentaja kita adalah berdoa dan berserah kepada Allah... Kirimkan doamu teman...kita mengadu hanya kepada  Allah yg Maha Kuasa...
nukilan dari Abu Luqman..

Terkini: Ternow : Isu YDP MAINPP ..Akhirnya Dato Salleh Man [ PAS] Menjadi YDP MAINPP


Terkini !!!

Agong telah perkenan perlantikan YB Dato Salleh Man sebagai YDP MAINPP yang baru berkuatkuasa 27 Julai 2012 - 31.12.2013. Sidang media pengumuman berkenaan telah dibuat oleh TKM 1 Dato' Mansor yg turut dihadiri YB Dato' Abdul Malik selaku Exco Agama, YB Dato Salleh , YB Makhtar Shafiee selaku Timbalan YDP MAINPP dan Dato Sazali Hussein selaku Setiausaha MAINPP  Semalam..


Mudah mudahan ramai penduduk Islam mmendapat manfaat dari perlantikan ini. Akrnya kemelut selamat 3 tahun terlerai..Tahniah diucapkan kepada Dato Salleh MAN..takbirrr

Friday, July 27, 2012

Gambar Sedih : Masjid Dibakar , dan rakyat di bunuh di Myanmar. apa sumbangan kita?


Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...



Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan  kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin

Ramadhan Kareem : Solat Hajat DI Stadium Sultan Mohamad IV , Kelantan


Ramadhan di Kelantan adalah satu anugerah. Jika sebelum ini, Stadium Sultan Muhamad IV mencatat kehadiran penonton bolasepak paling tinggi di Malaysia, sempena bulan Ramadhan al-Mubarak kegiatan sukan dan aktiviti seakangkatanya dibekukan di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Malah, Stadium Sultan Muhamad IV telah berubah wajah menjadi persis seperti Padang Arafah dimana muslimim dan muslimat berjemaah

Thursday, July 26, 2012

Gambar Terbaik Minggu Ini !!! Jom Usar Tau


Haha pilih yang mana satu..tepuk dada tanya Iman tau..sory ayat dia silap sikit Rakaat Kut


Ini gambar Di Ambil Semasa Di Bandung , Indonesia ,pada Jun yang lalu..menarik minat saya..


Mana boleh dapat Isteri terbaik Macam nie.


Berita Panas [Hot] 'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah'


BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

NONEPensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. Malaysiakini


PERINGATAN: Admin Blog ini  tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Wednesday, July 25, 2012

Gambar Tersembunyi !!! Garenti tak masuk Akhbar punya


Lim Guan Eng makan Bersama penduduk Bagan..Heran Awat Cina ni..selalu mai makan dengan orang kampung. Pelik kan , dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik ..


Dato Salleh Man [ Persuruhjaya PAS Negeri ] berbuka puasa bersama AJK  PAS negeri dan 
Lim Guan Eng Di sebuah restoran..Bukan LGE belanja tapi Orang PAS Yang bayar Tau..Dia Mai Tumpang sekaki je.. Dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik kan..


Dato Salleh Man , Lim Guan eng dan Dato Mujahid Yusuf  sedang makan bersama..

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah Ramadhan : Jangan Jadi Bangang dan jadi macam Nie !!!


Ini salah satu adegan yang tak perlu di ikut

ha inilah akibat dari main mercun. Islam pun tak suruh , main mercun bukan budaya orang Islam, buatlah kerja yang berfaedah lagi baik..ini bangang namanya

Mak ooii Gaji Pengerusi / CEO Syabas Setahun sampai Berapa Juta RM ? jom baca


Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari. 

“Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun

Monday, July 23, 2012

Berita Ramadhan !!! DS Anwar : Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dun Penanti


Pengerusi Masjid Guar Perahu Ustaz Abu Bakar Baikalani Memberi Ucapan 


Dato Sri Anwar Ibarahim Memberi Tazkirah 


Dato Dr Mansor  Adun Penanti, Menyampaikan sumbangan sambil Di Perhatikan Oleh Dato Seri Anwar


Berbuka Puasa Bersama Imam Dan Jawatan kuasa, serta Rakyat Adun Penanti

TQ Kepada FB Adun Penanti..Suntingan Abu Luqman

Pergghh Kena Sebiji !!! Keluar Cek Beli Saham Bukan Macam Beli Lembu Raya !!!


Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selesai, sejurus selepas beliau arahkan pegangan saham itu dijual.

Katanya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan lagi kerana PKNK telah menyedari kesilapan itu, yang didakwa tidak selari dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Sunday, July 22, 2012

Allah Hu Akhbar !!! Suasana Solat Trawih Di Seluruh Dunia


Solat Trawih Di Mekah



Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].

Berita Pelik !!!! Bukan Islam pun sokong Hukum Hudud : Datuk Lee Hwa Beng


Datuk Lee Hwa Beng



Tahniah Datuk Lee Hwa Beng,[ Bekas ADUN MCA] . 
anda seiringan dengan kami. Nota: ADmin TG Nik Aziz
Dari tweet@hwabeng "At this point nothng much to ponder. 4 hudud, no one is affected if u do no wrong but all will be affected with 'ketuanan Melayu'.... ..bukan HUDUD yg perlu takut.

Saturday, July 21, 2012

Terbaik [Gambar] Abby Abadi Ziarah Rumah Tuan Guru..Dalam Akbar tak ada tau


Abby Abadi bergambar kenangan dengan ahli keluarha Tuan Guru


Abby Menyerahkan borang kepada tuan guru


Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz

 Bergambar Dihadapan rumah Tuan Guru 
 Abby dan sekeluarga bergambar kenangan


Abby Bergambar dengan Isteri  dan Nik Abduh 

Singgah ke rumah TGNA tadi tp beliau tiada (ke KL utk rawatan jantung) Ustaz Nik Abdul, Isteri & ank2 yg sambut suntingan dari ABu Luqman
  



Friday, July 20, 2012

Debat : Nasrudin, Anak muda mahukan perubahan bukan pembangunan



Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada 1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.

Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.

Debat Terpanas [Hot] : Fathul Bari: Tolak pemimpin politik 'ala syaitan'



Fathul Bari Mat Jahaya berhujah pada Debat Sinar Harian, yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, hari ini.


SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain. Tak patut kata begitu..

Kartun Panas !!! KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia

inilah wajah kartun 1 Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.

Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka.

Thursday, July 19, 2012

Fuyoo Terhot !!! [gambar] Kisah Insp Polis Pukul Pekerja Hotel



Baguih Punya Balun

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

NONEKejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1,Bahagian 2)

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahuMalaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Malaysiakini

" Siapa Kita Nak Makan ? lepas nie " Ustaz Ismail Kamus


Terasa Sayu... Melihat Wajah Ustaz Ismail Kamus 

  Ustaz Ismail Kamus dengan anak muridnya


Wednesday, July 18, 2012

Baru Depa Tau !!! Media dan Blogger PR ..buat kerja iklas buat liputan?

Ucapan dalam konvention Media 1 Malaysia anjuran BN di Kuala Lumpur..

Betui kta buat kerja kera Allah.. tiada apa balasan pun..hanya untuk menuntut kebenaran je..sat gi ada la yang gatal nak komen nanti..

suntingan dari  Abu luqman