Friday, May 10, 2013

Betul ke Ada Sidang media Azmin Hari Ini ? Kenapa ? Pasai MB Kut ?


Betul ke Ada Sidang media Azmi hari ini  ??

Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini  dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Isu mood Azmin yang tidak menentu sudah lama, ini banyak berkaiatan dengan MB Selangor. Azmin banyak mengkritik Khalid seolah-olah Khalid lebih mementingkan 'orang-orang'nya.

Kenyataan ada persamaan dengan kenyataan adiknya Azwan Ali.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.


Dalam twitter Azmin Ali dilihat banyak membuat kenyataan bercanggah dengan DS Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mengkritik cara Anwar Ibrahim menangani PRU13.

Malah dalam nada sinis, dia seolah-olah menyalahkan Anwar. Malah dalam twitternya dia tidak bersetuju dengan program di Stadium Kelana Jaya. Katanya "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal". Malah Azmin tak kelihatan malam tadi.

Apa pun kita tunggu besok.. Dalam politik banyak perkara boleh berlaku. Esok boleh jadi lain. Walaupun saya tak berapa suka Azmin tapi saya harap perkara ini tak berlaku demi masa depan perjuangan PKR dan PR.
TranumgOffine.Blogspot.com.

6 comments:

  1. dia nak letak jawatan sebagai ahli parlimen gombak setia dan adun bkt antarabangsa krn tak dilanti sebagai mb selangor. taniah azmin anda adalah sebagai pemimpin yg patut tidak dicontohi.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang mengejar jawatan dan beranggapan yang dia paling hebat sila berundur. Letak jawatan dan bertandinglah sebagai calon bebasm lihat rakyat tempatan sokong atau tidak. Satu kerusi PR hilang tidak mengapa agarkan calon yang dipilih mempunyai kewibawaan.Calon MB ditentukan oleh Pakatan Rakyat bukan mutlak satu2 parti komponen; kecuali kalau majoriti kerusi dipegang oleh satu2 komponen seperti Kelantan dan P Pinang. Lagipun, Khalid Ibrahim telah terbukti berjaya membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat Selangor. What's the problem???

    ReplyDelete
  3. lokasi press conference tu dh ditukar ke ibu pejabat keadilan.

    org ckp dia dh cool down.

    saya risau press conference esk untuk dia dinobatkan sbg menteri besar selangor yg baru lepas berjaya ugut anwar dgn kata nk bwk 14 ahli parlimen pkr jd mesra bn

    ReplyDelete
  4. Azmin kena belajar dengan Husam musa yg tak dilantik dalam exco negeri.. bersikap lapang dada kalau tak dilantik... dan pilih keharmonian party dari menimbulkan suasana keruh sbb nak kecewa tak dapat jawatan ..

    ReplyDelete
  5. kalau azmin nak komplen kononnya nepotisme, pasal anwar dan keluarga, kit siang dan keluarga...

    dia kena ingat, keluarga kit siang berjuang dari DAP takde apa-apa... begitu jugak keluarga anwar, mereka berjuang dari kosong... dari pkr takde ahli... bukannya hadir selepas berkuasa!!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah! Allah membuktikan lagi sebab kenapa Pakatan Rakyat masih tidak dapat ke Putrajaya.

    Dato Khalid orang berpengalaman dalam dunia buisness. Beliau orang yg bekerja dan tidak mempunyai mana2 regu.

    Kenapa menggila mahukan jawatan?? Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..