Mohd Rashid Hasnon dilantik TKM 1 baru P Pinang
ADUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.
Rashid menggantikan bekas TKM I, Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.
Rashid adalah seorang ahli lama PKR sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana kurang perwakilan Melayu atau Islam.
Beliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi daripada 2008 (dari 5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.
Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.
PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.
PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.
PKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).
Abdul Malik (kanan) dikekalkan dalam jawatan tersebut.
ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.
Portfolio ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk rakyat.
Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:
1. Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) - sedia ada.
2. Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.
3. Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) - sedia ada.
4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.
5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).
6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.
7. Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.
8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).
9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).
10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).
11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.

Tahniah
ReplyDeleteKesian kat PAS, penat pun tak habis lagi kerja kuat nak bagi menang DAP dan PKR...Ada Paham?
ReplyDeleteBatu api otak biru..geng video porno..suka haru..Pencapaian merosot lalu cuba taktik laga-laga.
ReplyDeleteKesian UMNO batu api. Belajar berbillion ringgit kempen pilihanraya termasuk gula-gula untuk rakyat - siap pakai Bangla & Myanmar lagi untuk menipu - tapi masih tak dapat nak menebus prestasi buruk PRU 12. Malahan, makin teruk lagi. Kesian UMNO batu api, bersiap-sedialah untuk harga barang naik, rasuah menjadi-jadi, kroni BN makin kaya, rakyat makin merempat. Trima kasih kerana memilih untuk menderitakan rakyat Malaysia. Moga-moga awak mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah, dunia dan akhirat, amin.
ReplyDelete