DARI MB MENJADI "PESAWAH".
Hebat sungguh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Azmin "Jokowi" Ali ini ... bermula terjah sampah .. lepas itu lompat longkang tersumbat kini turun ke sawah bendang. .. Kira MB Off All Season .. MB Setiap Musim.
Terkini menyembur racun perosak di sawah bendang di Sekinchan pagi tadi .. Azmin "Jokowi" tukang sembur, ADUN Sekinchan tukang tunjuk ajar, ADUN Seri Kembangan tukang perhati dan ADUN Bukit Lanjan tukang snap gambar.
Amat-amat diharapkan ianya akan menjadi amalan setiap musim menanam padi dan bukannya sekali ini seumur hidup .. doakan agar hasil padi tahun ini cukup lebat sebagai ambil berkat.
Pada sesiapa rakyat Selangor yang ada buat projek ternak ikan atau udang dalam sangkar, pelihara kambing atau lembu, pekebun getah maupun sawit, jika nak dapatkan berkat semoga hasil berganda, disyorkan agar jemput Dato' Menteri Besar kita lakukan sesuatu.
Mohon harap ianya bukan turun lapang bermusim, sebaliknya sebagai sebahagian dari amalan tuntutan.
Kerja baik turun lapangan memang wajar diberikan pujian tapi janganlah dilakukan jika menyimpan niat sekadar main wayang.
Tapi yang tidak seronoknya ialah melakukan penyemburan di sawah bendang yang ternyata subur dan kurang gangguan makhluk perosak ... sepatutnya terjahlah sawah bendang yang bermasalah.
Demi bersangka mulia dua ibu jari angkat ke atas sebab mau merasai bagaimana susahnya pesawah mencari sesuap nasi dan berani menyembur racun perosak tanpa menggunakan topeng keselamatan.
Falsafah perjuangan Omak mudah ... mana program dan projek serta gerak kerja yang membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan susah, Omak akan sokong padu tidak kira siapa yang lakukannya.
kalau bagi Wak Dol sebulan RM500 pun, wak sanggup angkut mesim pam tu sambil ambik gambar kat sawah padi. Wak tak mintak gaji sampai puloh2 ribu..... bukan susah sangat pun kerja macam turr
ReplyDeleteAku naik meluat pulak dgn bloger2 cam admin, OMAKKAU dan ramai lagi. Apa Azmin buat semua tak betul. Klau tak buat lagi tak betul. Cuba2lah jgn cari kesalahan org lain. Wlau kau semua tak sukakan Azmin tu wlau pro kat TSKI terimalah hakikat yg Azmin Ali dah sah jadi MB Selangor tak leh nak ubah lagi. Nanti klau Azmin tak wat kerja kata tiada perubahan yg dibuat oleh Azmin wlau jadi MB lebih sebulan dan masih dlm honeymoon lagi. Kau org semua yg duri dlm daging memorak merandakan hubungan sesama PR.
ReplyDeleteBETUL TU..BRO...YANG SUDAH SUDAH LA..
ReplyDeleteTERUSKAN SIAPA YANG BARU NI
Penganjur majlis menyebur racun ni adakah sengaja nak bunuh MB dan adun Sekinchan kerana sembur racun tak tutup mulut dan hidung?
ReplyDelete