Us Mad Ketua kelab ARC Subang, kemalangan di Tg Malim & meninggal dunia pagi tadi di Hospital Ipoh. Beliau disemadikan di kampungnya Kuala Ibai, Kuala Terengganu pd mlm ini.
Motosikal yg ditunggangi beliau ketika melalui persimpangan lampu isyarat dipercayai tidak dapat mengelak & bertembung dgn seorang warga emas berbasikal melanggar lampu merah yg berada di tengah2 laluan.
Posting FB beliau minta diamaafkan segala kesalahan & memberi wasiat kpd anak2nya 40 hari sblm kematian beliau seolah2 beliau mengetahui ajalnya akan tiba.
Kuliah subuh penuh bermakna dari beliau secara santai kpd riders yg bersamanya ketika Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor, bbrp bulan lalu, adalah antara ucapan akhir yg sempat dirakam.
Inilah contoh riders yg berusaha berjuang menegakkan Islam.
Menunggang & berjuang!
Moga dirimu bahagia di syurgaMu.
AL-FATIHAH.
Nukilan
Afnan Hamimi Taib Azamudden
P.Pinang
Afnan Hamimi Taib Azamudden
P.Pinang
al fatihah
ReplyDeleteSekarang masok zaman orang orang bangga mati sebagai Bikers , mati accident di jalan raya.
Kesian anak bini yang tinggal , siapa pulak nak jaga makan minum dan persekolahan mereka.
Si Bikers enjoy pecut sana pecut sini , santai santai makan angin atas motor mengejar maut walhal dapat di elak kan jika ber fikir banyak kali sebelum kluar rumah.
Apa pun seksa kubur bukan sesuatu yang enak , dan mati accident jalanraya bukan satu tanda kematian yang murni suci.
Jom jadi Bikers dan kejar bontot bas lorry , sama sama mati tengah jalan sesak kan lalu lintas.
Apa nak jadi orang orang Melayu zaman ini , hidup miskin malas dan tiada harapan lansung.
Sedih kan.
ajal maut adalah dari Allah.Saya rasa adalah tidak elok anda bercakap begitu.
ReplyDeletePenulis yang celupar tolong jangan bersangka buruk. Allahyarham telah meletakkan dirinya sebagai hamba Allah yang cintakan Islam. Mungkin penulis celupar boleh belajar dari komitmen yang ditunjukkan allahyarham. Lihatlah ke dlm diri anda ....mungkin banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Wallahuaklam.
ReplyDeleteBeliau bermotor besar ulang alik ke tg malim sebagai guru. Elak jalan sesak menyumbang anak bangsa. Beliau guru pada anak saya di sekolah kebangsaan proton city. AlFatihah buat beliau. Anak saya sedih bila dengar ustaznya dah tiada, dan saya sedih baca ulasan pembaca yang mencerca. Semoga rohnya dirahmati Allah swt.
DeleteApa nak jadi orang orang Melayu zaman ini , hidup miskin malas dan tiada harapan lansung.
ReplyDeleteItulah ungkapan terakhir penulis ulasan pertama. Anda melayu yang kaya. Melayu Yang berkereta mewah. Melayu yang berharapan tinggi...Mudahan kita semua diterima Allah sebagai hambaNya yang Ikhlas beribadah semata-mata kerana Allah
anon kt atas tu gila babi ke apa?
ReplyDeleteada ke ckp org bangga mati sebagai bikers.
ada busuk hati tu.
dok kutuk org melayu, kau tu negro ke?
melayu teruk bukan kerana bikers tp kerana umno. tp melayu yg baik masing unggul