Friday, November 21, 2014

Perghhh Sembunyikan Dadah Dalam Pengikat Makanan..Hebat.



London: Dadah jenis kokain bernilai lebih £500,000 (RM2.6 juta) yang disembunyikan di dalam tali dirampas di Lapangan Terbang Gatwick, baru-baru ini.





Dadah kelas A itu disumbatkan ke dalam tali yang digunakan untuk mengikat kotak yang dianggap penyiasat sebagai usaha canggih untuk menyeludup 13 kilogram dadah itu menerusi lapangan terbang.
Tali yang mengandungi kokain itu digunakan untuk mengikat kotak makanan yang diimport dari Jamaica.


Bagaimanapun, apabila pengawal sempadan mememeriksa tali berbentuk tiub itu, mereka mendapati ia disumbatkan dengan kokain.


Pengarah pengawal sempadan di lapangan terbang itu, Carole Upshall berkata: “Rampasan ini menunjukkan penyeludup sering menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup. Kali ini mereka mengguna tali untuk menyembunyikan dadah.”


Menurut Carolle, pihaknya kini bekerjasama dengan Agensi Jenayah Kebangsaan untuk menjejaki kumpulan di sebalik penyeludupan berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..