SEORANG suspek kes rogol pelancong Jepun diiring ke kenderaan polis.
Kolkata: Tiga lagi lelaki tempatan ditahan berhubung kes pelancong Jepun
berusia 22 tahun yang dijadikan hamba seks selama hampir sebulan berhampiran
lokasi dianggap suci di India.
Sebelum ini, dua beradik yang juga pemandu pelancong ditangkap kelmarin
selepas mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun
lain yang membawanya ke Konsulat negara itu di Kolkata.
Tragedi menimpa mangsa bermula di Kolkata selepas dia berkenalan dengan
tiga lelaki tempatan - termasuk seorang yang boleh berbahasa Jepun - 20
November lalu setibanya dia di bandar itu.
Mereka berjaya memujuk mangsa yang juga pelajar untuk mengeluarkan wang
berjumlahj 76,000 rupi (RM4,200) daripada mangsa sebelum membawanya ke Bodh
Gaya, lokasi suci bagi penganut Buddha di Bihar, 492 kilometer dari Kolkata.
Di Bihar mangsa diserahkan kepada dua beradik yang mengurungnya di dalam
bilik bawah tanah dan merogolnya berulang kali selama tiga minggu.
Dua beradik terbabit dihadapkan ke mahkamah lewat kelmarin dan ditahan
reman sehingga kawad cam yang dijadualkan pada 9 Januari ini.
Jurucakap polis Kolkata, Komisioner Pallab Kanti Ghosh berkata, tiga suspek
terbaru itu ditahan kerana memeras wang daripada mangsa serta menyerahkannya
kepada dua beradik terbabit.
Konsul Besar Jepun di Kolkata, Kazumi Endo berkata, pihaknya membantu
wanita berkenaan membuat laporan polis sebaik dimaklumkan mengenai kejadian
berkenaan.
Menteri Pelancongan Mahesh Sharma menganggap kejadian itu memberi kesan
lebih teruk terhadap imej India.
“Sekarang pun kami hanya memperoleh 69 juta pelancong setahun.
“Kejadian jadi ini memang sesuatu yang membimbangkan.
“Kami perlu menjaga keselamatan pelancong yang datang ke sini,” katanya.
Kakak dua beradik yang ditahan, Samina Khatoon, menafikan adiknya terbabit
dan mendesak siasatan menyeluruh dilakukan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..