Sedang kami mengagihkan barangan bantuan pada penduduk kampung, nampak kelibat seorang makcik yg berusia dlm lingkungan 60-an.
Dia solat di sebelah landasan keretapi kerana itu sajalah tempat yang agak tinggi dan tidak digenangi air serta selut. Biarpun dlm kesusahan, namun ia tidak sedikit pun menggoyahkan imannya. Ternyata ketakwaannya cukup kuat dan tak mampu digugat walau dihentam bah yg menggila! Subhanallah...
nota: landasan keretapi ini ditutup dan tidak boleh digunakan buat masa sekarang akibat kejadian banjir. -Ustaz Azhar Idrus
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..