Thursday, March 12, 2015

Dahsyat : Kerja Sekolah Tidak Siap, Pelajar Dibelasah Guru Sehingga Mati


KAHERAH - Seorang lelaki berusia 12 tahun maut akibat dibelasah oleh gurunya di sebuah sekolah hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya akibat pendarahan di otak.

Susulan kejadian itu, guru terbabit telah digantung kerja bagi membantu siasatan polis bagi menyiasat punca sebenar kejadian.

Kejadian yang menyedihkan itu mengemparkan penduduk Mesir dan kes itu juga menunjukkan jumlah kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Pada tahun 2014, statistik menujukkan serangan ke atas kanak-kanak meningkat kepada 55% berbanding tiga tahun lepas sebelum ini 50% dari kes keganasan itu yang didaftarkan di sekolah.

September 2014, seorang pengarah sebuah rumah anak-anak yatim Kaherah dipenjarakan tiga tahun di atas tuduhan mendera kanak-kanak. 

Video penderaan itu telah dimuat naik di laman sosial yang menunjukkan tertuduh memukul kanak-kanak sehingga mereka bertempiaran lari sambil menjerit.

2 comments:

  1. kat Malaysia pun ada.. ustad pukul budak sampai mati & dah dapatpun balasannya.. dia dikenakan hukum gantung.. eee.. kejamnya ustad tu!! ustad tu parti apa ekk?? kejam kan dia??

    ReplyDelete
  2. Parti mana aku tak tahu, yang sangat pasti Ustaz itu orang Islam. Kejam no.....

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..