Thursday, March 12, 2015

Jalan Kaki 270KM, Bayar Nazar Selepas Isteri Dapat Kerja Sebagai



BENGKULU - Seno Agritinus Malvin sanggup berjalan sejauh 270 kilometer bagi membayar nazarnya setelah isterinya berjaya mendapat kerja sebagai kakitangan awam tanpa perlu merasuah sesiapa.

Isterinya, Rina Aplena, 26, ditawarkan kerja sebagai kakitangan kerajaan dimaklumkan kepada mereka semalam.

Seno, 26, adalah graduan lepasan Fakulti Pertanian Universiti Bengkulu.

Seno memulakan perjalanannya bermula jam 9 pagi dengan berbekalkan pakaian dan sedikit makanan serta surat kebenaran dari pihak polis.

Difahamkan, Seno akan berjalan menuju ke daerah Mukomuko di waktu siang sahaja dan menjangkakan misinya itu dapat disempurnakan dalam tempoh 10 hari.

“Nazar saya ini adalah tanda kesyukuran, selain menyokong amalan pengambilan kakitangan kerajaan tanpa membabitkan amalan rasuah,” katanya.

Menurut Seno, orang ramai percaya seseorang pemohon itu perlu merasuah panel temuduga sebanyak Rp200 juta (RM56,365) untuk lulus temuduga.

1 comment:

  1. HANYA BERBAGI PENGALAMAN, KEMARIN SAYA BERHASIL MENANG TOGEL 100 JUTA BERKAT ANGKA YANG DIBERIKAN KY DARMO. JIKA TIDAK PERCAYA BUKTIKAN SENDIRI, HUBUNGI KY DARMO DI NOMOR 0_8_2_3_1_0_1_4_2_2_5_5. DIJAMIN TEMBUS 100%…

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..