KUALA LUMPUR - Dua wanita termasuk Ketua Unit Muzium Perubatan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) masing-masing berhadapan dengan lima pertuduhan memalsukan invois tuntutan bernilai RM80,000 antara tahun 2012 dan 2013.
Ketua Unit Muzium, Nor Asiah Muhamad dan seorang awam Normi Mustapha, masing-masing berusia 46 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Khas Kuala Lumpur hari ini.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.
Nor Asiah dan Normi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Nor Asiah didakwa bersubahat dengan Normi dalam melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu meluluskan tuntutan palsu yang dikemukakan oleh Normi. Tuduhan ke atas Nor Asiah dibacakan bersama Seksyen 28(1)(c).
Normi didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM. Tuntutan itu dibuat kononnya bagi lima kursus untuk pegawai dan kakitangan IMR, yang sebenarnya tidak dikendalikan.
Kelima-lima kursus itu adalah Kursus Rev-Man Managers For Systematic Review 2012, Kursus Kreativiti dan Inovasi 2013, Kursus Statistical Analysis and Interpretation 2013, Kursus Training For Presentation Skills and Lectures, dan Kursus Data Analysis 2012.
Tuntutan kesemua kursus itu melibatkan RM80,000. Mengikut kertas pertuduhan, Nor Asiah didakwa meluluskan tuntutan yang dibuat oleh Normi.
Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai wang rasuah atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kes akan disebut semula pada 25 Ogos 2015
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..