POKOK SENA - "Bila dengar takbir raya, hati saya sangat sayu kerana teringatkan ahli keluarga, namun apakan daya semua ini adalah balasan di atas apa yang saya lakukan ketika berada di luar sana."
Luah salah seorang penghuni asrama akhlak lelaki di sini, ketika menceritakan pengalamannya menyambut Hari Raya Aidilfitri lalu jauh daripada keluarganya buat pertama kali.
Mohd Akmal, 15, (bukan nama sebenar) berkata, sejak tinggal di situ pada awal Januari lalu, kedatangan hari raya paling mencabar kerana tidak dapat menahan kerinduan kepada keluarganya yang berada di Sik, Kedah.
Menurutnya, pada Aidilfitri lalu setiap kali takbir hatinya terasa sayu mengingat ibu bapanya serta adiknya kerana pada hari itulah mereka sekeluarga berkumpul.
“Kini tinggal beberapa hari lagi dan kita akan menyambut pula Aidiladha dan sekali lagi saya akan merasa sayu.
"Apabila mendengar takbir hari raya, saya akan teringatkan ketupat dan lemang yang dibuat oleh emak," katanya dengan nada sedih.
Mohd Akmal ditempatkan di asrama itu selepas dijatuhi hukuman selama setahun kerana mencuri motosikal.
Katanya, dia terlibat dalam kes mencuri motosikal itu selepas tercicir dari persekolahan.
“Setiap kali saya mencuri dan menjualnya kepada pihak berkenaan, saya mampu mendapat wang antara RM500 hingga RM800.
"Nilai itu sangat besar kepada saya dan ini menyebabkan saya terus mencubanya tetapi pada kali ketiga saya ditangkap,” katanya yang sudah insaf dengan perbuatannya itu.
Sementara itu, Mohd Irwan, 15, (bukan nama sebenar) pula berkata, dia dimasukkan ke asrama itu selepas terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
Menurutnya, dia terlibat dalam aktiviti itu ketika berusia 13 tahun.
"Saya dimasukkan ke sini selepas ibu saya membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan saya di sini. Memang pada awalnya saya sangat sedih tetapi hari ini saya sudah sedar," katanya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..