Seorang lelaki muda membawa ayahnya yang sudah dimamah usia ke sebuah restoran untuk makan malam. Ayahnya yang tua itu kelihatan lemah dan kurang berdaya hatta menyuap makanan ke dalam mulutnya sendiri.
Semasa makan, tanpa disengajakan makanan yang dimakan ayahnya terjatuh terkena pada baju dan seluar. Keadaan itu membuatkan pelanggan restoran yang lain memandang jijik pada lelaki tua itu. Namun, anak lelaki itu tetap tenang dan tidak mengendahkan reaksi pelanggan yang lain.
Selesai saja makan, lelaki muda itu membawa ayahnya pergi ke bilik air, membersihkannya, membuang kotoran pada pakaiannya, menyikat rambutnya dengan kemas dan membetulkan kaca matanya.
Apabila mereka keluar dari bilik air, kesemua pelanggan restoran hanya memerhatikan mereka tanpa berkata apa-apa. Mereka seolah-olah tidak faham bagaimana lelaki itu boleh sanggup membawa ayahnya keluar ke tempat awam dan menghadap reaksi negatif orang lain.
Lelaki itu membayar bil makanan mereka dan keluar dari restoran itu dengan ayahnya.
Lelaki itu membayar bil makanan mereka dan keluar dari restoran itu dengan ayahnya.
Pada masa yang sama, salah seorang lelaki yang agak berusia antara pelanggan dalam restoran itu juga memanggil lelaki itu dan bertanya, "Bukankah awak ada tertinggal sesuatu di belakang?"
"Tidak, tiada apa yang tertinggal encik," jawabnya.
"Ada! Awak meninggalkan satu pengajaran pada setiap individu yang bergelar anak dan harapan untuk lelaki yang bergelar ayah," katanya.
Suasana restoran menjadi senyap dan sunyi seketika. - Saradha Jitendran
Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..