KUALA LUMPUR - Pemandu bas ekspres yang mengasari seorang penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang minggu lalu mungkin tidak boleh lagi memandu kenderaan awam.
Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kepada pemandu bas tersebut.
SPAD dalam kenyataan hari ini mengesahkan pemandu berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas expres terlibat.
SPAD berkata pihaknya telah menjalankan siasatan pada Isnin lalu bersama syarikat bas ekspres tersebut, pemandu terbabit dan seorang saksi.
Susulan itu, pengendali bas berkenaan turut dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. –Bernama
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..