KECOH di laman sosial hari ini apabila tersebarnya video pengantin lelaki diserang isteri pertama di majlis persandingannya.
Video berdurasi hampir dua minit itu dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook sejak semalam dan telah ditonton oleh hampir satu juta pengguna Facebook setakat ini.
Video tersebut memaparkan sebuah majlis persandingan terpaksa dihentikan ekoran daripada kunjungan mengejut isteri pertamanya yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuannya.
Pasangan pengantin itu yang jelas terkejut dengan kehadiran isteri pertama, lalu bingkas turun daripada pelamin, menyebabkan kebanyakan tetamu tercengang dan majlis terhenti serta-merta.
“Kami ke sini tidak ada niat nak malukan pengantin lelaki, tapi dia ni (isteri pertama) masih isteri dia (pengantin lelaki) lagi, kahwin senyap senyap...tiga bulan tinggalkan (isteri pertama). Mana mak pengantin lelaki, apa cerita ni?” soalnya bertubi-tubi.
Perbincangan antara keluarga pengantin lelaki dan pihak isteri pertama kemudiannya berlangsung di belakang pelamin di mana isteri pertama mengaku masih belum diceraikan oleh suaminya.
Si isteri pertama juga mengaku tidak dimaklumkan oleh suami tentang perkahwinan yang dilangsungkan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..