Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Caltex Guchil, mangsa, Saifuddin, 7, menghidupkan pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak menyebabkan kebakaran dalam kereta tersebut.
Ibunya yang panik, terus berhenti mengisi minyak dan cuba menyelamatkan anaknya itu. Namun, kekalutan yang melanda menyebabkan mangsa turut disambar api sebelum ditarik ibunya keluar dari kereta berkenaan.
Kakitangan stesen yang melihat kebakaran itu, segera bertindak memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api, bagi mengelakkan kebakaran bertambah buruk.
Mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. -
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..