'
Geramnya bila baca. Sempat screenshot untuk menyedarkan orang ramai. Baru tahu, rupa-rupanya ada sesetengah tempat asuhan yang beri ubat batuk kepada bayi dan kanak-kanak semata-mata untuk memudahkan kerja mereka.
Mungkin ibu bapa di luar sana berasa lega dan menyangka tempat pengasuh 'menjaga' elok anak-anak mereka. Setiap kali ibu bapa ini mengambil anak, mereka akan check jika terdapat kesan benjolan atau luka akibat didera mahupun disebabkan kelalaian.
Tetapi hakikatnya, ramai yang belum tahu bahawa anak mereka tidur sepanjang hari di tempat asuhan tersebut selepas diberikan ubat batuk. Supaya mereka lebih 'behave' dan tidak menganggu tugas-tugas pengasuh.
Dan mungkin kerana itulah, mereka tidak didera secara fizikal. Tetapi ianya lebih kepada penderaan jangka masa panjang terhadap pertumbuhan kanak-kanak tersebut.
Ubat batuk yang mengandung ubat narkotik seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Bayangkan jika tempat asuhan ini berikan kepada anak-anak anda setiap hari, terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, ianya boleh menyebabkan kanak-kanak ini berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus serta membawa maut.
Sayangilah anak-anak anda. Selidik dahulu tempat asuhan anak anda sebelum memberi kepercayaan 100% kepada mereka. Semoga anak-anak kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. InshaAllah. Sebarkan untuk kebaikan bersama. - Zaza | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..