Tuesday, December 6, 2016

Huhu..Sem poiii !!! Umno tetap saingan Pas, kata Tuan Ibrahim


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
KUANTAN - Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar
parti Islam itu.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi
yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada
kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit.
Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi
begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno
ada.“Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan
 mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah
fitnah.“Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas
tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya di sini, semalam.
Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti
 sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan
lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.
Tambahnya, pada masa kini, Pas juga mengemudi RUU355 dan parti Islam itu buat kali
ketiga membuat perhimpunan untuk Rohingya serta akhirnya Umno turut menyatakan
sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.
“Jika Pas bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas? Pas adalah parti
pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu
bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.
“Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan
lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pas akan terus menjadi perintis kepada pendekatan
 matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.
Pada masa sama, katanya, Pas adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik
bagi menggantikan sistem negara dengan Islam

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..